HIBURAN
"Dapur Pun Kena Basmi Kuman, Stok Makanan Sedia Ada Kena Buang" - Michael Ang Masih Khuatir, Beri Saranan Buat Kieda Crepe
Pengarah, Michael Ang meluahkan rasa ragu-ragu dengan cara pembasmian kuman yang dilakukan di premis Kieda Crepe House.
Beri saranan pembersihan
Menurut Michael, melalui pengalamannya yang pernah terkena jangkitan COVID-19, cara pembasmian kuman sekurang-kurangnya mengambil masa sehingga enam jam.“Sebab tak tahu mana ada kuman herpes dan tak. Lagi satu saya rasa pembasmian kuman yang you all patut buat tak sesenang tu, satu jam dah siap,” tegurnya.“Bagus dengar nasihat aku basmi kuman dekat kedai! Tapi saya rasa cara tu salah. “Bukan kedai, tempat jual, kitchen tempat awak buat makanan tu pun kena buat dan semua stock makanan sedia ada kena buang, kena buat fresh.
Stok makanan sedia ada kena buang
Malah kata Michael, tempat membuat makanan dan stock simpanan makanan di premis berkenaan juga seharusnya dibuang sebelum diganti dengan yang baharu.“Masa covid aku kena covid dan hired orang datang basmi kan kuman ambil masa enam jam lepas tu dalam tempoh 24 jam rumah tak boleh masuk.
“Entah mesin apa dia orang letak, satu sembur satu sedut dan satu flat, aku ditutup dengan plastik. Dalam masa 24 jam tu tak ada siapa boleh masuk.
“Pada pembeli tu jaga jaga lah ya bila makan banyak. Berdoa sebelum telan. Harap-harap tak ada lah kena herpes!” tegasnya.“Nasihat aku buang sahaja stock awak ada tu sia-sia sahaja. Nanti orang lain kena herpes dan road tour apa aku tengok lalu kat TikTok aku tu lagi tak tahu nak cakap apa.
Sebelum ini, tular di media sosial apabila Kieda mendedahkan bahawa dirinya dijangkiti herpes dan secara berseloroh menyatakan ia berpunca daripada ‘telur masam’ suaminya.
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Akui Khilaf” - Kieda Crepe Mohon Maaf & Dedah Pekerja Selamat dari Jangkitan Herpes
ARTIKEL BERKAITAN:"Saya Minta Maaf Buat Ramai Tak Selesa" - Kieda Crepe Ambil Tempoh Bertenang, Rehat Dari Media Sosial
ARTIKEL BERKAITAN:Isu Telur Masam, KKM Turun Padang! Kieda Crepe Beri Kerjasama Penuh - “Ada Yang Buat Aduan, Doktor Nak Tengok…”
ARTIKEL BERKAITAN:Isu Herpes, Suami ‘Back Up’ Kieda Crepe - “Bini Aku Buat Apa Yang Gelabah Sangat Ni, Konten Sekadar Hiburan”
ARTIKEL BERKAITAN:Kieda Crepe Buat Luahan Hati, Lagi Suka Jadi Diri Sendiri Dari Berpura - “Melawak Cara Sendiri Orang Terasa, Susahnya Jadi Seketul Kieda”
Susulan menerima kecaman hebat, suami kepada usahawan itu tampil mempertahankan isterinya dengan menjelaskan bahawa perkongsian tersebut hanyalah sekadar kandungan hiburan dan tidak mencerminkan realiti sebenar kehidupan mereka.
Disebabkan isu tular itu juga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turun padang ke premis perniagaannya selepas menerima aduan orang ramai.
Must-Watch Video