,
Laman Utama

Bukan Gimik! Sissy Imann Kongsi Kisah Disebalik Jual Album RM20 - “Sebenarnya Pada Hari Itu Saya…”

Asyikin Mayudin
03/02/2023
02:41 MYT
Penyanyi Sissy Imann berkongsi kisah disebalik keputusan untuk menjual album sulungnya dengan harga RM20 sahaja menerusi laman Instagram.
Sebelum membuat keputusan untuk jual, Sissy yang dalam keadaan emosi tidak terkawal ketika itu mencampak albumnya yang berada di atas meja disebabkan terlalu kecewa dengan dirinya.
Campak Album Ke Bawah Kerusi
“Memang saya nekad tak nak tengok album ini, sebab itu saya jual supaya boleh bagi dekat orang. Sebenarnya ada kejadian sebelum saya buat keputusan untuk jual RM20.
“Ia sangat peribadi, sebenarnya pada hari itu saya bangun tidur dan ada rasa kecewa. Saya keluar bilik nampak album ada atas meja, saya tak tahu apa difikirkan, saya ambil dan campak album itu.
“Lepas itu, saya nampak album itu bawah kerusi dan terus menangis sepuas-puasnya. Saya ambil album itu dan letakkan semula atas meja kemudian masuk bilik, terus upload IG untuk jual.
“Sebenarnya ayahanda dan bonda tahu saya nak jual pun selepas mereka tengok posting saya di IG,” katanya kepada Gempak.
Sissy ditemui ketika majlis pelancaran album Abbey Road Sissy Imann di kediamannya yang terletak di Kajang, Selangor pada Khamis.
Sementara itu, Sissy memberitahu dia mendapat kekuatan untuk melancarkan album yang telah di rakam di studio Abbey Road, London itu selepas keluarga dan rakan terdekat memujuknya.
Dapat Kekuatan Daripada Keluarga
“Sejujurnya adalah kerana ayahanda, bonda, adik dan abang saya… apa yang ada di rumah saya (hiasan) untuk pelancaran album semuanya dilakukan oleh keluarga saya.
“Masa mereka tengah hias-hias semalam (Rabu), dalam hati saya masih cakap ‘aku kan kata tak payah la buat’. Saya masih ada perasaan itu tapi apa yang menguatkan saya dan saya rasa perlu lakukan ini sebab keluarga saya.
“Saya rasakan mereka berada bersama… bukan saya bikin album untuk pendengar yang menyokong saya tetapi untuk keluarga saya juga,” ujarnya.
Terdahulu, Sissy dan Naim yang menyertai sebuah program realiti televisyen dikritik secara kasar oleh Mas Idayu selepas menyanyikan lagu Jampi (Hael Husaini) dalam irama keroncong.
Akibat insiden tersebut, Sissy tidak dapat menahan sebak dan terus menangis di atas pentas.
Insiden itu juga membuatkan Sissy seolah-olah hilang semangat dan membatalkan pelancaran album sulung yang sepatutnya berlangsung pada bulan hadapan susulan kritikan diterima dalam pertandingan tersebut.
BACA: Masih Sentap! Sissy Iman Tak Jadi Lancar Album, Tukar Jadi Derma - “Rasa Tak Boleh Tengok, 10 Tahun Merangkak…”
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ada Yang Masih Ragu-Ragu Naim Daniel & Sissy Iman Sepupu, Ini Jawapan Tuan Punya Badan

gempak
21/05/2024
11:50 MYT
Biarpun penyanyi, Naim Daniel sebelum ini sudah memaklumkan bahawa dirinya dan Sissy Imann merupakan sepupu, namun masih ada lagi yang ragu-ragu dengan status tersebut.
Laman Utama

Sissy Imann Faham Perasaan Azharina - “Segala Yang Berlaku Atas Pentas Bukanlah Semberono…”

gempak
09/10/2023
23:53 MYT
Sissy memahami perasan Azharina.
Laman Utama

[VIDEO] “Dahlah Kitaorang Nak Berhenti Menyanyi…” - Naim Daniel Berseloroh Rancang Buka Katering Dengan Sissy Iman

gempak
27/01/2023
06:55 MYT
Yay Sissy dah boleh gelak-gelak la...
Laman Utama

"Tak Tergamak Saya Reka Cerita Tak Benar" - Sissy Imann

gempak
19/10/2022
03:50 MYT
Ada ajak Sissy Imann tipu bercinta.
Laman Utama

"Paling Sakit Bila Kena Reject Sebab Kulit" - Sissy Imann Kongsi Pengalaman Hadapi Masalah Jerawat

gempak
26/11/2021
08:07 MYT
Penyanyi Sissy Imann mengimbas kembali tempoh kulit wajahnya mengalami masalah jerawat pada sekitar tahun 2019 hingga ke pertengahan tahun ini.