gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Qasrina Karim & Erysha Emyra Didakwa Saling ‘Unfollow’ IG? Peminat Luah Rasa Rindu - “Mungkin Masa & Keadaan…”
HIBURAN
Ajai Terkesan Lihat Tangisan AC Mizal - “Saya Tiada Hasad Dengki Ataupun…”
HIBURAN
Zehra Zambri Dakwa Suami Abaikan Nafkah - “Dahulukan Duit Saya Baru ‘Claim’, Ibarat Perlu Mengemis…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Bukan Awie Mahupun Ella Tapi Bapa Nabila Huda Yang Serang Shila Amzah

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
13/07/2025
22:55 MYT
Sponsor Banner
Bukan Awie Mahupun Ella Tapi Bapa Nabila Huda Yang Serang Shila Amzah

Penyanyi, Shila Amzah menafikan penyanyi Ella dan Datuk Awie adalah individu yang terlibat dalam insiden serangan di konsert ulang tahun ke-20 Mr. DIY baru-baru ini.

Malah pelantun lagu Tiada Dirimu itu juga turut meminta netizen agar berhenti daripada terus menuduh Awie.
“Yang pasti bukan Kak Ella, Datuk Awie siapa yang cakapn Datuk Awie itu tolonglah berhenti dan bukan nama-nama lain yang berada di konsert hari itu,” katanya kepada Gempak.
Meskipun tidak menyebut nama, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 34, mengesahkan bahawa individu yang menyerangnya adalah bapa kepada pelakon, Nabila Huda.
“Bapa kepada Nabila Huda, Saya mengesahkan bahawa bapa kepada Nabila Huda yang menyerang.
“Kalau tengok kepada report saya rasa keterangan sudah diambil daripada pihak dia, jadi kita tunggu sahaja,” ujarnya.
Dalam pada itu, Shila turut menyatakan bahawa tindakannya membuat laporan polis bukanlah untuk merosakkan nama mana-mana individu.
“Saya buat ni bukan nak burukkan nama sesiapa tapi apa yang salah, salah la. Apa yang menyebabkan sesuatu negatif kepada orang lain salah la. Benda ini tak sepatutnya berlaku,” tambahnya.
Terdahulu, Shila mendakwa telah diserang oleh seorang penyanyi legenda semasa sedang melakukan 'sound check' untuk konsert ulang tahun Mr.DIY. Shila turut dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung insiden ini dan kes kini dalam siasatan.
Selain Shila, penyanyi yang turut memeriahkan konsert tersebut adalah Ella, Datuk Awie dan Datuk Amy Search.
Topic Berkaitan
#Nabila Huda
#Ella
#Datuk Awie
#Shila Amzah
#Datuk Amy Search
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement