,
Viral

Buat Video Ketika Butik Terbakar, Jenama Pakaian Ini Dikritik Netizen - “Sangat Cinematic”

Gempak
24/03/2024
21:55 MYT
Sejak kebelakangan ini, pelbagai berita yang menggemparkan sering kita dengar. Dari kisah dalam kain artis sehinggalah tragedi kematian pelajar dalam asrama, sudah tentu setiap berita ini menjadi buah mulut dan bahan bualan netizen di media sosial.

Butik terbakar

Terbaharu, jenama pakaian Elrah Eksklusif turut mengalami musibah apabila butik utamanya di Bangi, Selangor dikatakan mengalami kebakaran.
Berita itu dikongsikan oleh pengasasnya, El Azman di laman perkongsian video, TikTok.
TikTok@elazman pic.twitter.com/xGYYD8yCS5— rizalhakimm (@rizalhakimm1) March 23, 2024 Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan sepasukan bomba telah datang ke butik berkenaan dalam usaha untuk memadamkan kebakaran.
Terdapat beberapa bahagian dalam butik tersebut dimamah api, termasuk kesan hitam terbakar pada bahagian dinding.

Kritikan netizen

Sungguhpun begitu, video berkenaan menerima maklum balas yang agak kurang menyenangkan dalam kalangan netizen, khususnya pengguna platform X.
Antaranya, ada dalam kalangan wargamaya mendakwa video yang dimuat naik itu kelihatan terlalu ‘cinematic’, termasuk ada yang mengungkit ini merupakan tahun kedua jenama itu mengalami musibah kebakaran.
Dalam pada itu, memetik laporan Majoriti, dua pekerja butik tersebut mengalami sesak nafas ketika kejadian yang berlaku pada Sabtu itu.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, kebakaran berkenaan melibatkan longgokan kotak di ruangan tangga tingkat tiga premis terbabit.
Sekitar Januari tahun lalu, gudang bagi jenama sama mengalami kebakaran, dan menawarkan wang RM100,000 jika ada individu yang berjaya jumpa pelakunya.
Sumber: Platform X, Majoriti

BERITA TRENDING: Rumah Hangus Dijilat Api Sebelum Ramadan, Netizen Sebak – “Besar Betul Dugaan Keluarga Ni”

BERITA TRENDING: Noorkhiriah Reda Van Jenazah Yang Diinfak Hangus Terbakar - “Bila Allah Uji Macam Ini, Akak Terima”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.