,
Laman Utama

Bosan Di Rumah Ketika Lockdown? Nikmati Kelajuan Bermain Game Dengan Infinix HOT10S

Asraf Aided
13/07/2021
10:10 MYT
Dengan jumlah kes COVID-19 harian yang masih mencecah ribuan, sudah tentu kita semua kekal berada di rumah mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk sama-sama mengekang penularan wabak COVID-19.
Namun, berada di rumah dalam satu tempoh yang agak panjang dibatasi pula pergerakan yang tidak seperti dahulu mungkin membuatkan sesetengah orang berasa bosan, malah ada juga yang tertekan.
Oleh itu, kita harus mencuba pelbagai cara untuk menggembirakan diri, mengekalkan semangat dan terus ceria mengharungi kehidupan. Lakukan sahaja apa yang boleh buat anda gembira seperti bermain permainan video misalnya.
Jadi, untuk menikmati keseronokan bermain permainan video tanpa gangguan di rumah, sudah tentu anda memerlukan telefon pintar yang laju agar semuanya lancar.
Lebih mengujakan, telefon pintar ini berkolaborasi dengan permainan video terkenal Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). Dengan kelajuan yang luar biasa, Infinix HOT 10S tentunya pilihan yang tepat untuk permainan video.
Di sini, kami senaraikan tujuh (7) keistimewaan Infinix HOT 10S #xtrahot yang menjadikan sebab anda harus mendapatkan telefon pintar ini!
Chipset Mediatek Helio 585
Chipset ini tentunya menjanjikan prestasi unggul sekaligus memaksimumkan hayat bateri. Jadi, kuasa bateri tidak akan cepat habis meskipun anda sedang syiok bermain permainan video.
Paparan 90Hz + 6.82" HD
Pengguna akan menikmati tontonan yang lancar, tanpa sekatan (lagging) dan ia memberi keselesaan menonton visual dan ketika menggunakan (swipe) skrin. Bukan itu sahaja, kadar segar semula 90Hz juga menjaminkan keselesaan ketika menonton kesan visual CGI terkini.
Tiga Kamera HD 48MP
Selain aspek kelajuan, kualiti kamera juga dianggap sangat penting untuk pengguna telefon pintar masa kini. Infinix HOT 10S direka dengan tiga kemara HD 48MP dengan AI. Anda juga tidak perlu risau ketika mengambil gambar pada waktu malam atau di tempat gelap kerana kamera telefon pintar ini turut dilengkapi ciri Super Nightscape yang menjamin kualiti fotografi meskipun di kawasan bercahaya rendah.
Bateri 6000mAh
Jangan terkejut! Infinix HOT 10S menggunakan teknologi bateri 6000mAh yang menawarkan penggunaan lebih lama, malah, anda boleh bermain permainan video selama 18 jam pada hanya satu cas penuh.
Cap Jari & Pengecaman Wajah Optimum
Untuk sistem keselamatan dan privasi pula, anda boleh menggunakan cap jari dan pengecaman wajah. Lebih memudahkan ketika pandemik ini, anda tidak perlu membuka pelitup muka untuk membuka kunci kerana dengan cap jari sahaja pun, ia sudah mampu membuka kunci dengan berkesan!
Dar-link Ultimate Game Booster
Keistimewaan ini pula menjadikan Infinix HOT 10S lebih canggih kerana ia meningkatkan kestabilan imej grafik dan tahap sensitif skrin.
Harga Mampu Milik
Inilah yang dinanti-nantikan! Jangan risau...Meskipun Infinix HOT 10S mempunyai ciri-ciri dan keistimewaan yang luar biasa, namun ianya dijual pada harga mampu milik iatu RM499 (64GB+4GB) dan RM549 (128GB+4GB).
Anda boleh membuat pembelian menerusi Shopee bermula 13 Julai 2021.
Untuk maklumat dan perkembangan selanjutnya, anda boleh mengikuti halaman Facebook dan Instagram Infinix Mobile Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

5 Sebab TECNO POVA 6 Pro Sesuai Untuk Kaki Gamer & Mesra Poket!

gempak
27/08/2024
17:28 MYT
Jika anda sedang mencari telefon pintar yang menawarkan prestasi mantap tanpa perlu menghabiskan wang yang banyak, TECNO POVA 6 Pro mungkin menjadi pilihan terbaik untuk anda.
Viral

PDRM Gerakkan Pasukan Penyelam Cari Telefon Pintar Milik Farah Kartini

gempak
16/07/2024
15:07 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan sepasukan penyelam (Unit Forensik) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor esok.
Bollywood

Hrithik Roshan Kritik Iklan Telefon Pintar: “Sad & Ignorant"

gempak
12/05/2024
11:58 MYT
Aktor Hrithik Roshan menjadi selebriti terkini dunia yang menyelar iklan terkini keluaran syarikat gergasi, Apple.
Laman Utama

Telefon Pintar Paling Tahan Lasak, Ini 7 Sebab Anda Harus Ada HONOR X9b

gempak
01/11/2023
12:10 MYT
HONOR kembali dengan telefon pintar lebih tahan lasak dengan ciri-ciri terbaik.
Laman Utama

Lawa Sungguh Siri realme 10 Pro 5G Ni, Secantik The Sara Sister! Kamera Terbaik, Caj Laju... Semak Apa Lagi Yang Best

gempak
09/03/2023
08:30 MYT
Siri realme 10 Pro 5G lawa & tahan lama