Hiburan
Bolot 7 Trofi, Imaginur Dinobatkan Filem Terbaik FFM33
Filem Imaginur arahan Nik Amir Mustapha diumumkan sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-33 (FFM33) yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media malam tadi.
Filem arahan Nik Amir Mustapha itu turut memenangi enam anugerah lain iaitu Penataan Seni Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Penyunting Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Pengarah Terbaik.
Pengarah filem, Nik Amir Mustapha memzahirkan ucapan terima kasih atas sokongan yang telah diberikan kepada naskhah tersebut.
“Terima kasih kepada juri, pihak Finas dan penonton.
“Tanpa penonton yang sokong filem kita, kami tak akan sampai ke tahap ini.
“Begitu juga kepada pihak media dan blogger.
“Tahniah juga kepada calon yang lain dan kami sangat bangga dengan anugerah ini,” katanya sewaktu ucapan.
Kejayaan itu menyaksikan penerbitnya membawa pulang trofi serta hadiah utama Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM500,000.
Bersaing hebat dengan Imaginur adalah filem arahan Jin Ong, Abang Adik.
Bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik menjadi milik Susan Lankester menerusi filem Rain Town, manakala Pelakon Lelaki Harapan dimenangi Jack Tan.
Sementara itu, pemenang bagi kategori Anugerah Seniman Sepanjang Zaman diberikan kepada A Galak.
Senarai penuh pemenang FFM33
Filem Terbaik: Imaginur
Pengarah Terbaik: Nik Amir Mustapha (Imaginur)
Pelakon Lelaki Terbaik: Beto Kusyairi (Imaginur)
Pelakon Wanita Terbaik: Susan Lankester (Rain Town)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Jack Tan (Abang Adik)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Elizabeth Tan (Sheriff: Narko Integriti)
Lakon Layar Terbaik: Jin Ong (Abang Adik)
Cerita Asal Terbaik: Minhat & Nik Amir Mustapha (Imaginur)
Anugerah Khas Sepanjang Zaman: A.Galak
Anugerah Khas Karyawan: Indra Che Muda
Anugerah Khas Juri 1: Naam Katra isai
Anugerah Khas Juri 2: Duan Nago Bogho
Pengarah Harapan: Jin Ong (Abang Adik)
Pelakon Harapan Lelaki: Aniq Durar (Pagari Bulan)
Pelakon Harapan Wanita: Trisha Ooi (Janna Endoro)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Qisya Hairulzain Magik
Penyunting Terbaik: Johan Arif Mazlan (Imaginur)
Sinematografi Terbaik: Rahimi Maidin (Sheriff:Narko Integriti)
Lagu Tema Asal Terbaik: Hasrat - Amar Jahari (Imaginur)
Skor Muzik Asal Terbaik: Jackey Yow (Malbatt: Misi Bakara)
Penataan Bunyi Terbaik: Nizam Razak (Mechamato Movie)
Penataan Seni Terbaik: Rabbani Sujak (Imaginur)
Rekaan Kostum/Busana Terbaik:Elaine Ng (Abang Adik)
Tatarias Terbaik: Ng Keok Cheng, Yap Pui Yin & Kua Goh Yoke Eng (Abang Adik)
Filem Pendek Terbaik: Wayang Works Sdn Bhd (The Missing Throphy)
Kesan Khas Visual Terbaik: Viper Studios Sdn Bhd Sheriff: Narko Integriti
Poster Terbaik: Layar Pictures Sdn Bhd (Walid)
Anugerah Khas Filem Box Office: Filem Sheriff Narko Integriti
Dokumentari Terbaik: Stereo Pixels Sdn Bhd (Pekik)
Bertemakan EMAS - Evolusi Sinema Malaysia, FFM 33 menerima 104 penyertaan dengan 95 pencalonan layak bertanding. Ini merangkumi 64 filem cereka, 20 filem pendek dan 11 filem dokumentari.
Pemenang kategori bakal menerima wang tunai RM5,000 dan trofi, manakala pemenang Anugerah Khas bakal menerima RM10,000 dan trofi.
FFM 33 mengetengahkan tema Evolusi Sinema Malaysia akan disiarkan secara langsung TV2 dan YouTube FINAS.
Must-Watch Video