,
Berita

“Boarding Pass Ke Dublin, Beg Ke Paris”- UNIC Cerita Detik Cemas Bagasi Hilang

Syafiqah Jalal
04/03/2019
09:11 MYT
Kumpulan nasyid UNIC, berdepan dengan situasi cemas apabila bagasi mereka tidak dijumpai ketika menunggu di bahagian memungut beg sebaik tiba di Ireland, Dublin kemarin.
Selepas tiga jam menunggu dan membuat laporan, UNIC diberitahu bagasi mereka hampir dibawa ke Paris kerana kesilapan teknikal sebuah syarikat penerbangan.
"Ketika kami sampai ke tempat pungutan bagasi, kami mendapati ia sudah ditutup dan terpaksa menunggu lebih tiga jam.
"Kemudian kami pun membuat laporan ke bahagian ‘Lost & Found’ dan pihak syarikat penerbangan mengaku kesilapan teknikal itu berpunca daripada salah faham pihak mereka.
"Rupanya boarding pass kami sahaja ke Dublin tetapi beg kami ke Paris.
"Memanglah kami dijadualkan ke Paris tetapi selepas berada di Dublin, kami ada program di Lyon terlebih dulu, kemudian barulah ke Paris.
"Mungkin sebab itulah mereka keliru dan mujurlah pihak syarikat penerbangan memaklumkan penerbangan ke Paris belum berlepas dan bagasi kami sempat dikeluarkan," kata salah seorang ahli UNIC, Najdi.
Najdi yang dihubungi Gempak berkata program kumpulan UNIC dan Muslim Care Malaysia bersama pelajar Malaysia di Dublin juga hampir dibatalkan susulan insiden itu.
UNIC dan MuslimCare ke beberapa negara Eropah bersempena program #PeaceForYemen dan Jelajah Kemanusiaan Eropah selama seminggu untuk menjalin hubungan dengan komuniti dan pelajar Malaysia di sana.
Ia adalah usaha untuk mengumpul dana misi bantuan 'Peace for Yemen' yang mensasarkan RM1 juta.
Selain Najdi, UNIC turut dianggotai oleh Fakhrul dan Bazli.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.