gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ning Baizura Seru Ibu Bapa Peka Perubahan Sikap Anak-Anak - “Anak Pernah Jadi Mangsa ‘Body Shaming’, Dipanggil ‘Dahi Jendul”
HIBURAN
Suami Bonda Rozita Alami Sesak Nadas Di China - “Kami Berbual Tiba-Tiba Dia…”
HIBURAN
Fajar Noor Akui Cinta Lokasi Dengan Shabrina: “Tapi Itu Sudah Masa Lalu”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Suami Bonda Rozita Alami Sesak Nadas Di China - “Kami Berbual Tiba-Tiba Dia…”

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
06/08/2025
00:17 MYT
Sponsor Banner
Suami Bonda Rozita Alami Sesak Nadas Di China - “Kami Berbual Tiba-Tiba Dia…”
Usahawan, Rozita Ibrahim berkongsi mengalami detik cemas apabila suaminya, Aidi Amin Ahmad dikejarkan ke hospital akibat mengalami sesak nafas secara tiba-tiba.
Dalam satu hantaran di Instagram, Rozita yang kini berada di China memberitahu suaminya sering mengadu sakit dada sebelum meminta agar ambulans segera dipanggil bagi mendapatkan rawatan kecemasan.
“Kami berbual, tiba-tiba suami senyap. Saya pun diam dan pandang wajahnya. Kemudian dia bersuara ‘panggil ambulan sekarang’.
“Saya cemas, di sini (China) sudah jam 4.12 pagi dan hari sudah siang. Saya panggil ejen dan terus ke hospital. Suami saya juga lakukan ujian MRI.
“Dia rasa mencucuk dada, pening kepala , kebas tangan, tak boleh gerakan tangan dan sesak susah bernafas,” tulisnya.
Selepas insiden tersebut berlaku, suami ushawan itu bergegas ke Hospital Zhejiang University School of Medicine Fourth Affiliated untuk dapatkan rawatan.
Dalam pada itu, Rozita atau mesra disapa Bonda turut memaklumkan, suaminya mempunyai rekod masalah jantung dan sudah hampir lapan bulan tidak mengambil ubat.
“Suami saya ada masalah jantung setahun lepas dan dah tak makan ubat hospital hampir lapan bulan.
“Dia lupa bawa minyak cair darah dia dah tak makan suplemen itu 10 hari lepas.
“Doktor sini sangat baik layanannya walau kami orang luar. Doktor pakar otak dan jantung bergilir merawatnya,” jelasnya.
Sementara itu, menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Bonda memaklumkan suaminya sudah dibenarkan keluar hospital dan mereka bakal pulang ke tanah air pada Selasa.
Topic Berkaitan
#hospital
#Suami
#Bonda Rozita
#Sesak
#Masuk
#Nafas
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement