,
Hiburan

“Bismillah, Doakan Kami” - Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana Ke Syria Untuk Misi Kemanusiaan

Azwa Rahman
29/12/2019
19:40 MYT
Aktor Nadzmi Adhwa dan isterinya pelakon Ardell Aryana akan berlepas ke Syria untuk menjalankan misi kemanusiaan.
Menurut Nadzmi, misi selama 20 hari itu dilakukan dengan niat untuk membantu mereka yang memerlukan.
“Saya dipilih untuk menjadi ikon kemanusian Yayasan Dana Kebajikan bermula tahun lepas dan misi pertama saya adalah di Palu, Indonesia.
“Untuk kali ini, kami akan bercuti di Turki dahulu sebelum dijemput oleh Yayasan Dana Kebajikan untuk masuk ke Syria.
“Kami akan pergi bermula 27 Disember sehingga 18 Januari depan. Kami pergi tanpa dibayar, memang niat menyertai misi ini untuk meringankan beban mereka,” kata Nadzmi kepada Gempak.
Nadzmi ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Busut Bonang bertempat di E@Curve, Petaling Jaya pada 10 Disember lalu.
Terbaru menerusi laman sosial Instagram, Nadzmi turut berkongsi sebuah foto keberangkatan dia dan isteri ke Turki dan Syria.
“Bismillah, doakan kami. Malaysia - Turki - Syria. Kita jalan dulu sekejap lepas tu terus sambung misi kemanusiaan ke Syria selama 20 hari. Teruskan hulurkan bantuan di akaun rasmi @ydkmm_official. Kami sedia membantu saudara di Syria,” tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut mendoakan perjalanan pergi dan pulang mereka dilindungi.
Peminat turut meminta Ardell dan Nadzmi agar menjaga kesihatan dan bayi di dalam kandungan yang kini berusia empat bulan.
Minggu lalu, Nadzmi mengesahkan isterinya hamil anak pertama.
Pasangan comel ini berkahwin pada 1 September lalu dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Seri Kembangan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Educated Tak Semestinya Pakar Dalam Sesuatu Bidang” - Perunding Hartanah Tak Setuju Diana Danielle Gelarkan Rumah Malaysia Mahal

gempak
20/09/2024
07:55 MYT
Seorang perunding hartanah tampil memberi kenyataan balas mengenai pandangan pelakon, Diana Danielle berkenaan dengan harga rumah di Malaysia yang dikatakan agak mahal meskipun bersaiz seperti ‘kotak kasut’.
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

YouTuber Popular Dunia IShowSpeed Cuba Makan Super Ring & Burger Ramly, Sampai Sanggup Bayar Lebih! - "Oh Tuhanku, Makanan Ini Sangat Enak"

gempak
17/09/2024
21:55 MYT
Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed tidak terlepas untuk melakukan itu semua.