gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Nasihat Aliff Syukri Untuk Suami Isteri Berdepan Masalah Rumah Tangga - “Perempuan Kalau Dah Kecewa & Marah…”
HIBURAN
Elizabeth Tan Dedah Sanggup Berjaga Malam Kerana Ini - "Memang Addictive!"
BERITA
1,500 Kanak-Kanak Sertai Program Haji Kids Peringkat Negeri Melaka 2025
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

“Bila Berpantang Tanpa Baby Ini, Perasaan Kita…” - Watie Hanifiah

gempak
Asyikin Mayudin
17/05/2025
00:55 MYT
Sponsor Banner
“Bila Berpantang Tanpa Baby Ini, Perasaan Kita…” - Watie Hanifiah
Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang memberi kata semangat dan sokongan moral terhadap dirinya yang mengalami keguguran baru-baru ini.

Terima kasih

Menerusi video perkongsian di TikTok Shuib, Watie yang dalam proses berpantang tanpa bayinya disisi mengakui emosinya masih belum stabil.

“Terima kasih banyak-banyak kepada korang yang text, call… walaupun saya tak boleh nak reply, yang komen, yang beri sokongan moral, terima kasih banyak-banyak.

“Hari yang kelima (Jumaat) berpantang tanpa baby, bila berpantang tanpa baby ini perasaan kita, mood kita tak menentu,” kongsi Watie.

Emosi tak stabil

Pada perkongsian yang sama, Watie turut memberitahu produk ‘mood booster’ yang digunakan juga membantu mengawal emosinya yang tidak stabil.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib Throwback Detik Watie Umum Hamil Di Makkah - “Simpan Sini Buat Kenangan ...Namanya Bintang”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Shuib Kongsi Berita Sedih Mengalami Keguguran Di Hari Ibu - “Saya Dapat Petanda Dari Mimpi”

ARTIKEL BERKAITAN: Watie Luah Kesedihan Di Hari Ibu, Kenang Kehilangan ‘Seseorang’ Yang Sukar Dilupakan - “Aku Masih Ingat Hari Itu…”

“Alhamdulillah, ada bantuan daripada mood booster ini dapat kawal mood saya dan perasaan kita yang tengah tak berapa okay.

“Mood booster ini sangat membantu saya untuk stabil kan semula hormon mood saya supaya kembali menjadi normal,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, desas-desus Watie sedang hamil menjadi bualan ramai apabila pengikut di media sosial mula melihat 'baby bump' dalam gambar yang dikongsi.
Pada Rabu, Watie berkongsi khabar duka mengenai dirinya yang mengalami keguguran anak pertama.
Watie atau nama sebenar, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, turut berkongsi, dia bagai mendapat petanda mengenai perkara itu melalui mimpi.
Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.
Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan pertama dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.
@shuibsepahtu Terima kasih yang mendoakan Mummy @Watie Hanifiah #sunnahloka ♬ original sound - shuibsepahtu
Topic Berkaitan
#Keguguran
#Baby
#Shuib
#Berpantang
#Anak Pertama
#Watie Hanifiah
Must-Watch Video