Laman Utama
“Biarlah Rumah Aku Biasa, Tak Mewah Macam Korang” - Ozlynn Nasihat Jangan Pura-Pura Sebab IG
Pelakon Ozlynn menzahirkan rasa syukur atas kurniaan rezeki Tuhan kepada keluarganya.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Ozlynn berpendapat kebahagiaan seseorang itu tidak semestinya diukur dengan kemewahan.
“Biarlah rumah aku biasa-biasa, biarlah barang rumah aku tak mewah macam korang. Biarlah pakaian anak beranak selekeh.
“Yang penting cukup makan pakai kami anak beranak, cukup untuk kami jaga mak, abah, popo, adik beradik. Yang penting bahagia,” coretnyq.
Tambah Ozlynn lagi, tidak perlu untuk berpura-pura dalam kehidupan semata-mata untuk tatapan umum di Instagram.
Walhal kisah sebenarnya jauh berbeza dari yang ditayangkan di media sosial.
“Buat apa pura-pura di IG sedangkan semua dusta dan penuh dengan penganiayaan dan penindasan orang?
“Semoga kita semua dijauhkan dari sifat yang tidak baik", coretnya.
Must-Watch Video