gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Pelakon ‘Fantastic Four’, Julian McMahon Meninggal Dunia Akibat Kanser
HIBURAN
Tak Bagi Muka! Scammer Tutup Call Lepas Kena ‘Jerit’ Dengan Azza Elite - “Confirm Dia…”
BERITA
Budak 8 Tahun 'Dibesarkan' Anjing, Hanya Tahu Menyalak
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Berjaya Turun 10 Kilogram, Hun Haqeem Nak Kurus Demi Drama ‘W: Two Worlds’ - Badan Saya Pun Tak Terkejut…”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
05/05/2023
08:50 MYT
Sponsor Banner
Berjaya Turun 10 Kilogram, Hun Haqeem Nak Kurus Demi Drama ‘W: Two Worlds’ - Badan Saya Pun Tak Terkejut…”
Demi menjayakan wataknya dalam drama siri terbaharu W: Two Worlds, pelakon Hun Haqeem berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 10 kilogram dalam masa tiga bulan.
Menurut Hun, dia akan memastikan dirinya sentiasa aktif dengan melakukan senaman di gimnasium selain menjaga pemakanan agar mendapat berat badan yang diperlukan.
“Memang berat badan saya dah turun lebih kurang 10 kilogram juga. Ia atas tuntutan kerja… pihak produksi yang minta saya untuk turunkan berat badan bagi penggambaran drama bersiri W: Two Worlds.
"Sejak tiga bulan lalu saya mula disiplinkan diri dengan menjaga pemakanan dan bersenam di gimnasium setiap kali ada masa terluang.
"Kalau tak sempat ke gimnasium, saya akan pastikan banyak berjalan dan kekal aktif seperti parkir kereta lebih jauh agar saya dapat berjalan," katanya kepada Gempak.
Hun berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran gimnasium seni mempertahankan diri miliknya iaitu Elitez Mixed Martial Arts yang terletak di Shah Alam baru-baru ini.
Sementara itu, Hun memberitahu dia tidak mempunyai masalah untuk menurunkan berat badannya memandangkan sebelum ini pernah melalui fasa tersebut.
"Untuk watak ini kali pertama saya turunkan berat badan, tapi kalau dalam kehidupan ini merupakan kali kedua sebab sebelum ini saya pernah 102kg.
"Badan saya pun tak terkejut sangat untuk kali kedua ini dan saya pun takkan buat kesilapan yang sama seperti sebelum ini. Tapi saya seronok lalui perjalanan ini," katanya lagi.
W: The Worlds adalah sebuah drama fantasi percintaan yang pernah menjadi fenomena pada 2016 dan akan ditayangkan meneerusi platform penstriman Viu.
Hun bakal bergandingan dengan aktres Daiyan Trisha menerusi projek tersebut.
Topic Berkaitan
#Hun Haqeem
#Hun
#Drama Hun
#Hun kurus
#W Two Worlds
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement