,
Gaya Hidup

Beri Perumpamaan Macam Sayang Anjing Jadi Sebab Lelaki Jepun Tak Bekerja Kahwin Empat

Maliah Surip
07/01/2024
09:55 MYT
Kisah seorang lelaki Jepun yang tidak bekerja tetapi mempunyai empat isteri, Ryuta Watanabe telah mendapat perhatian umum.
Watanabe, 35, menjadi sensasi selepas muncul dalam program berita televisyen Jepun, Abema Prime.

BERITA TRENDING: Youtuber Berhabis RM100K Semata-Mata Penuhi Impian Mahu Jadi Anjing

Dia mengaku sudah tidak bekerja selama 10 tahun dan empat isteri yang dikahwini menjadi tulang belakang mencari nafkah sementara dirinya menjalankan tanggungjawab sebagai ‘suri rumah’ dengan menguruskan tiga anak hasil perkahwinan campur dan rumah mereka.
Pengakuan tersebut menuai kontroversi kerana Jepun mengharamkan poligami dan seorang lelaki menguruskan rumah tangga juga bukan hal biasa di negara Matahari Terbit itu.
Namun Watanabe mempunyai alasan mengapa dia berkahwin banyak. Menurut lelaki tersebut dirinya terlalu menyukai wanita.
“Saya seorang lelaki yang suka perempuan. Saya tertarik dengan perempuan dalam semua situasi.
“Ia seperti seorang pencinta anjing akan bersimpati terhadap haiwan itu. Jika anda menjaga seekor anak anjing, anda tidak mahu membela yang lain?
“Begitulah saya, saya mencintai dan menyayangi perempuan sama rata. Poligami bukan satu masalah,” kata Watanabe seperti dilaporkan odditycentral.com.

BERITA TRENDING: Al-Kisah Empat Lelaki Curangi Isteri, Cerai Sampai Poligami

Watanabe kini menetap bersama tiga daripada empat isteri di Sapporo dan kesemua isterinya tidak mempunyai masalah berkahwin dengan lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan.
Malah isteri-isterinya yang berusia antara 22 sehingga 27 tahun perlu memastikan perbelanjaan bulanan sebanyak RM27,277 dapat dicapai.
Bagi Watanabe hidup berpoligami dengan empat isteri lebih kepada hubungan seperti sahabat. Isteri-isterinya juga memuji Watanabe sebagai seorang lelaki yang hebat, kuat dan menakjubkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.