,
Laman Utama

"'Berhibur', Tak Semestinya Tak Fikir Orang Tengah Susah" - Misha Omar

Amri Hassan
22/12/2021
08:25 MYT
Penyanyi popular Misha Omar terkilan apabila ada segelintir pihak berpendapat agar aktiviti hiburan sepatutnya dikurangkan ekoran negara sedang dilanda musibah.
Kata Misha, 39, konsep hiburan itu sendiri tidak sepatutnya disalah erti dan ada sebahagian menjadikan hiburan misalnya muzik sebagai eskapisme ketika diri sedang berduka atau bersedih.
Malah, perspektif itu perlu ditukar sementelah hiburan juga boleh disampaikan dalam cara yang positif.
"Secara sudut positifnya, industri hiburan ini membuka peluang kepada orang lain misalnya pemuzik dan jurusolek. Kita tak boleh berhenti sebab itu pun dikira berkongsi rezeki.
"Ada yang putus cinta contohnya mendengar muzik sebagai terapi. Tapi ada yang beranggapan mengaji (al-Quran) lebih baik. Ya, saya tak nafi.
"Hiburan yang positif adalah satu eskapisme kepada sesetengah orang. Lebih baik kita tenang-tenang, hiburkan dengan cara menyalurkan vibe positif dan bukan huha huha semata-mata. Jangan pandang serong," tegasnya.
Misha diminta mengulas mengenai pandangan segelintir penggiat seni yang menyarankan agar stesen televisyen mengurangkan program hiburan yang disifatkan tidak sensitif berikutan bencana banjir yang sedang melanda negara.
Penyanyi itu ditemui pada sidang media majlis Malam Gala Amal Bunga Bunga Cinta Misha Omar anjuran The H Entertainment Sdn Bhd di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Selasa.
Makan malam amal itu akan turut disertai alumni Akademi Fantasia, Dafi dan Zarol Zarif yang bertujuan membantu yayasan kebajikan terpilih, mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan bencana banjir.
Sebahagian hasil daripada jualan meja akan disumbangkan kepada Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanah Air (Papita).
Dalam pada itu, Misha memohon pihak terbabit agar membuka minda dan mempertimbangkan kesan daripada kenyataan yang dikeluar yang boleh menjejaskan periuk nasi orang lain.
"Saya meraikan pendapat, mungkin saya tak sama dengan orang lain. Tapi jangan sampai nak semua orang kena ikut kepala kita. Kita semua berbeza.
"Apa yang penting kita tak menafikan sebaliknya menyelidik dan menimbang tara baik dan buruk. Saya juga tak meminta orang lain ikut cara saya berfikir.
"Kita hidup bukan hanya berkisarkan diri kita semata-mata tetapi bersinergi, meraikan dan berkongsi pandangan yang positif.
"Jangan menilai seseorang. Kalau ada nampak orang lain tak membantu, tak semestinya dia (yang berdiam) tak buat apa-apa. Tak turun tolong tak semestinya tak ambil berat. Ada cara lain yang mungkin dilakukan contohnya bersedekah atau sekurang-kurangnya berdoa," tambahnya.
Ujar Misha lagi, selebriti yang punyai pengikut di media sosial tidak seharusnya menyebarkan kata-kata negatif atau mencetuskan provokasi untuk orang ramai meletakkan hukuman terhadap pihak tertentu terutama artis.
"Industri baru nak bermula, jangan bunuh semangat orang lain yang mahu bekerja dengan kata-kata anda.
"Di media sosial kita ada pengikut, mereka akan aminkan dan sebarkan kepada orang lain. Saya percaya ada kawan-kawan saya yang nak sangat bekerja dan buat persembahan.
"Jangan bunuh soul orang!" nasihat Misha.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Hiburan

“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’

gempak
20/11/2024
01:30 MYT
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.
Unitar