,
Berita

"Bergadai Jual Kereta Sebab Nak Bayar Bil Anak-Anak & Duduk Dalam Rumah Beralaskan Sehelai Toto" - Isteri Imbau Kenangan Susah Bersama Fad Bocey

Rozaimi Zubaidi
15/03/2019
03:50 MYT
Isteri kepada penyampai radio ERA dan pelawak kumpulan Bocey, Fad, Nur Syahirah berkongsi kisah susah dan senang bersama suaminya sepanjang empat tahun bersama.
Menerusi entri di Instagram (IG), Syahirah bersyukur apabila dikurniakan seorang suami yang sanggup berkorban untuk keluarga.
"Thank you for the dinner. Happy anniversary. 4 tahun mungkin angka yang kecil tapi dalam 4 tahun macam-macam yang jadi. Susah senang nak ada di tahap ni bukan mudah macam yang orang tengok.
"Kita pernah kat tahap yang susah, anak-anak kena stay dalam nicu, bergadai jual kereta sebab nak bayar bil anak-anak, kita duduk dalam rumah beralaskan sehelai toto dengan sebiji tv ja.
"Hari demi hari, sebab tu kita orang percaya rezeki anak-anak. Alhamdulillah Hayyan Zayyan memang bawak rezeki besar. Sama jugak Aminah.

Thank you for the dinner .happy anniversary .4 tahun mungkin angka yg kecil tapi dlm 4 tahun mcm2 yg jadi .susah senang nak ada di tahap ni bukan mudah mcm yg org tengok .kta pernah kat tahap yg susah .anak2 kna stay dlm nicu .bergadai jual kereta sbb nak bayar bil anak2 .kta duduk dlm rumah beralaskan sehelai toto dengan sebiji tv ja .hari demi hari ,sebab tu ktorang percaya rezeki anak2 .Alhamdulillah hayyan zayyan mmg bwk rezeki besar .sama jugak aminah .hadirnya anak2 ni mmg akan bawak satu nikmat yg besar .selagi ada selagi mampu ,kita sama2 jaga keluarga kita .doa mommy moga bahagia milik kita sekeluarga mommy mungkin tk mcm perempuan lain ,mommy selalu marah klu bab kerja ,mommy selalu bising apa yg berkaitan dgn tugas awak ,tpi tkda benda lain selain nk tgok semuanya sempurna .terima kasih daddy korbankan banyak benda utk ktorang .terima kasih jugak atas hadiah yg paling besar yg tk mungkin mommy lupa sampai bila2 .you work hard for that !HAPPY ANNIVERSARY ❤️

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on

"Hadirnya anak-anak ni memang akan bawak satu nikmat yang besar. Selagi ada selagi mampu, kita sama-sama jaga keluarga kita. Doa mommy moga bahagia milik kita sekeluarga mommy mungkin tak macam perempuan lain, mommy selalu marah kalau bab kerja, mommy selalu bising apa yang berkaitan dengan tugas awak tapi tak ada benda lain selain nak tengok semuanya sempurna.
"Terima kasih daddy korbankan banyak benda untuk kita orang. Terima kasih jugak atas hadiah yang paling besar yang tak mungkin mommy lupa sampai bila-bila. You work hard for that! HAPPY ANNIVERSARY," tulisnya.
Rata-rata kagum dengan pasangan ini dan mendoakan kebahagiaan serta kesihatan mereka sekeluarga.
Fad dan Syahirah mendirikan rumah tangga pada 15 Mac 2015 dan mereka telah dikurniakan dua orang anak kembar lelaki dan seorang anak perempuan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ebby Yus Tolak Tawaran Tiga Penderma Buah Pinggang - "Saya Tak Sampai Hati..."

gempak
23/11/2024
18:32 MYT
Pelakon, Ebby Yus, 59, kini menjalani dialisis di rumah untuk penyakit buah pinggangnya bersyukur mendapat perhatian ramai termasuk menerima sumbangan daripada rakan artis untuk membantu mengurangkan bebannya.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Persembahan Penuh Emosi, Sarkas Juara Muzikal Lawak Superstar 4! Bawa Pulang Wang Tunai RM150,000

gempak
17/11/2024
15:48 MYT
Kumpulan Sarkas dinobatkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 berserta trofi.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Jangkaan Peminat Beri Tekanan Kepada Kumpulan Padie - “Mungkin Orang Akan Cakap, Ini Muka Final…”

gempak
15/11/2024
09:55 MYT
Pelawak Fad Bocey mengakui Muzikal Lawak Superstar 4 kali ini memberi satu persaingan yang kuat berbanding musim-musim terdahulu.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Fad Bocey Titip Nasihat Untuk Pelawak Baharu, Harap Jangan Cepat Putus Asa - “Saya Pernah Lalui Benda Sama”

gempak
03/10/2024
06:55 MYT
Pelawak Fad Bocey menitipkan pesanan kepada pendatang baharu dalam dunia komedi agar sentiasa memberi tumpuan sepenuhnya kepada membuat persembahan berbanding mengejar kedudukan.
Hiburan

Tampil Dengan Podcast ‘Bocey Comeback’, Fad Akan Pastikan Tiada Kontroversi - “Saya & Achey, Kami Dah Declare…”

gempak
29/09/2024
04:55 MYT
Muncul dengan podcast ‘Bocey Comeback’, pelawak Fad memberitahu dia dan rakan gandingannya iaitu Achey akan memastikan konten yang disediakan tidak akan menyentuh sensitiviti tetamu atau mencetuskan kontroversi.
Unitar