,
Terkini

Berat Naik 8kg Ketika PKP, Bila Masuk Set The Maid 2 Eina Azman Jadi Lebih Kurus Pula Gara-Gara…

Syafiqah Jalal
20/07/2022
03:50 MYT
Mengekalkan berat badan ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu bukan satu perkara mudah, malah pelakon Datin Paduka Eina Azman turut melalui masalah yang sama.
Eina Azman mendedahkan berat badannya naik sehingga 8 kilogram (kg) dalam tempoh itu dan terpaksa menurunkannya kerana perlu memasuki set The Maid 2 yang tertangguh selama setahun.
“Cabaran saya dalam penggambaran The Maid 2 ni selain dari segi lakonan adalah untuk mengekalkan berat badan dalam tempoh penggambaran kami yang tertangguh selama setahun ketika PKP.
“Bayangkan berat saya naik sebanyak 8kg sewaktu PKP. Saya akui ketika di rumah saya makan banyak dan tak terkawal.
“Jadi saya terpaksa menurunkan berat badan saya juga ketika itu kerana bimbang baju yang diberikan tak muat dan tak konti dari penggambaran terakhir kami setahun lalu,” katanya kepada Astro Gempak.
Selain Eina, The Maid musim kedua itu masih mengekalkan pelakon lain seperti Norman Hakim, Sherry Alhadad, Ezzaty Abdullah, Eida Moin dan ramai lagi.
Bagaimanapun, Eina memberitahu dia berjaya menurunkan berat badannya, malah lebih ringan 5kg.
“Saya akui agak sukar untuk menurunkan berat badan pada mulanya kerana saya sibuk dengan kerja malah tak sempat ke gim seperti sebelum ini.
“Entah bagaimana saya dapat menurunkkannya juga secara tak sengaja kerana sibuk bekerja serta ada sedikit dengan masalah kesihatan yang membuatkan saya kurang makan.
“Jadi ketika kembali ke set itu berat saya lebih kurang dari sebelumnya iaitu dari 55kg jadi 50kg sahaja. Tapi nasib baik ia nampak tak ketara di kamera,” ceritanya lagi.
Apabila ditanya mengenai momentum apabila kembali ke set selepas setahun bersama pelakon lain, Eina akui perlu sedikit perbincangan.
“Masa hari pertama penggambaran tu dah lah kami masuk babak yang semua havoc dengan perangai masing-masing.
“Jadi memang kami terpaksa duduk dan ingat kembali karakter masing-masing untuk dapatkan momentum. Malah saya tengok balik drama dari musim pertama untuk dapat balik cara gedik watak Nadia tapi semua berjalan dengan baik,” tambahnya.
Musim terbaharu ini juga memperkenalkan watak-watak baru lakonan Marsha Milan, Yuna Rahim, Sean Lee, Hazeeq Dean dan Aniq Suhair.
The Maid 2 menemui pengikut setianya dengan pengembaraan terbaru yang lebih dramatik. Peminat bakal menyaksikan kesinambungan telatah Suhana, Nadia dan Fika selepas mereka diceraikan oleh Jay, penulis novel Payung Emas yang kini mempunyai isteri baharu bernama Qina.
Jay dituduh merampas kesemua harta milik bekas isteri-isterinya setelah memperdayakan mereka. Ketika Jay dan Qina melancarkan sebuah resort di Pulau Dao, Suhana, Nadia, Fika dan Kak Mel mengekori mereka dengan hasrat untuk membunuh Jay.
Namun belum sempat mereka melaksanakan apa yang dirancang, Jay ditemui mati. Kini ketiga-tiga bekas isteri terperangkap di resort tersebut dan menjadi suspek utama pembunuhan.
Siapakah pembunuh misteri pada kali ini? Saksikan The Maid 2 yang ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.
Selain itu, ‘Video Pengakuan The Maid 2’ (Digital Extension) boleh ditonton secara percuma di platform Gempak.com setiap Rabu pukul 10.05. Video Pengakuan ini menampilkan temubual secara intim dengan karakter-karakter seperti pengakuan Suhana, Nadia, Fika, Qina dan ramai lagi mengenai apa yang berlaku setiap minggu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gara-Gara Makan Berlebihan, Kucing 'Oyen' Cecah Berat Lebih 17 Kilogram

gempak
08/09/2024
11:55 MYT
Seekor kucing jantan gergasi yang memiliki berat menyamai kanak-kanak ditemui tinggal di ruang bawah tanah sambil makan biskut dan minum sup.
Viral

Budak Lelaki Guna Besen Ulang-Alik Ke Sekolah Jentik Hati Netizen - "Kasihannya, Tolonglah Mereka..."

gempak
03/09/2024
13:38 MYT
Kecekalan seorang budak lelaki ke sekolah dengan menaiki sebiji besen mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang menguji kesungguhan dan semangat kanak-kanak lelaki berkenaan.
Sukan

Ranking Lee Zii Jia Naik Satu Anak Tangga

gempak
06/08/2024
06:55 MYT
Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya memperbaiki ranking BWF bagi dirinya setelah naik satu anak tangga untuk berada di kedudukan keenam dunia.
Berita

Ringgit Terus Catat Kenaikan Selama 11 Hari Berturut-Turut Berbanding Dolar AS

gempak
05/08/2024
14:55 MYT
Ringgit terus mendapat sokongan yang baik dan mengekalkan momentum meningkatnya selama 11 hari berturut-turut berbanding dolar AS apabila pelabur memindahkan pelaburan mereka ke rantau Asia Pasifik berikutan data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang lemah pada Jumaat lepas, kata penganalisis.
Berita

Meta Dipanggil Bertemu PM Hari Ini, Beri Penjelasan Hantaran Palestin Diturunkan Di Media Sosial

gempak
05/08/2024
06:25 MYT
Meta Platforms Inc (Meta) dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri hari ini untuk memberi penjelasan berhubung tindakan menyekat beberapa hantaran di Facebook dan Instagram Datuk Seri Anwar Ibrahim.