,
Berita

"Berani Ya Main Dengan Nyawa Orang Sebab Duit!" - Raja Ilya Berang Ada Produk Tiruan, Minta Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

ZULHILMI JALIL
13/12/2020
04:36 MYT
Pelakon Raja Ilya meluahkan rasa berang terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengaut keuntungan dengan menjual produk makanan tambahan tiruan.
Menurut Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 35, lebih membimbangkan apabila produk berkenaan yang menggunakan bahan kandungan berbahaya memperdaya orang ramai apabila dijual pada harga murah.
"Apa masalah korang? Nak menghancurkan periuk nasi orang lain. Kalau korang buat produk tiruan tanpa ada kelulusan yang betul, tahu tak apa akan terjadi kepada orang yang guna?
"Saya terkejut bila ada orang sanggup buat produk tiruan dan jual harga murah. Bila semak kandungan, gula melampau-lampau, kalau tuang air panas, coklat tu meletup-letup," katanya menerusi satu entri video yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Lebih dikesalkan apabila dia bimbang sekiranya produk asli yang selama ini dipromosikannya pula yang terpaksa menanggung akibatnya.
"Saya di sini promosikan produk minuman kurus itu, dan kalau orang tak dapat kesan yang diinginkan, tapi dapat kecing manis dan sebagainya, akan pergi (dituding) ke saya semula," katanya.
Ujarnya lagi, lebih menyedihkan apabila segala laporan dan aduan yang dibuat kepada pihak berkuasa juga seolah-olah dipandang sepi.
"Aduan sudah dibuat, tapi saya tak faham kenapa tiada tindakan diambil.
"Harap pihak yang patut jaga semua ni ambil tindakan cepat sebelum ada yang masuk hospital. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan jabatan sepatutnya tolong jangan ambil mudah hal macam ni.
"Cetak rompak hak orang dan pakai bahan-bahan merapu! Nak mampus ke apa? Makyaiii berani ya main dengan nyawa orang sebab duit?" katanya.
Foto kredit: Instagram @rajailya
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.