,
Laman Utama

Beli & Beramal Bersama Kempen Raya Go Shop!

Amri Hassan
04/04/2023
20:35 MYT
Go Shop, platform beli-belah dan e-dagang barangan rumah Malaysia telah melancarkan kempen Raya mereka, ‘Biar Biasa Janji Bersama’ bagi menyambut Hari Raya yang akan datang. Kempen yang berlangsung sehingga 22 April 2023 itu akan menampilkan pelbagai rangkaian jenama eksklusif, tawaran istimewa dan inisiatif aktiviti amal.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif amal Go Shop, RM1 akan didermakan kepada rumah amal yang dipilih untuk setiap produk yang dibeli sebagai sebahagian daripada kempen ini.
Inisiatif ini hanya terpakai untuk produk terpilih yang dipamerkan di program TV Go Shop. Para pelanggan boleh memilih produk daripada pelbagai jenama eksklusif sepanjang kempen termasuk Habib, SIMPLYSITI, FGWalet, Corelle, Nona dan Munif Hijjaz.
Selain itu, para pelanggan boleh menikmati diskaun istimewa apabila menggunakan kod EID12 untuk potongan RM12 dengan perbelanjaan minimum RM150, EID30 untuk potongan RM30 dengan perbelanjaan minimum RM280 dan EID60 untuk potongan RM60 dengan perbelanjaan minimum RM500.
Penghantaran percuma juga disediakan di Semenanjung Malaysia pada hari bekerja sepanjang tempoh kempen dan di seluruh negara pada hujung minggu sehingga 16 April 2023.
Untuk pengalaman membeli-belah yang unik dan hebat kepada para pelanggan, Go Shop akan menyiarkan program istimewa secara LIVE sepanjang bulan Ramadan dan Raya, setiap hari pada jam 8 pagi, 9 pagi, 10 pagi dan 11 pagi di saluran Astro 111 dan 118.
Go Shop juga berbesar hati untuk memperkenalkan Program GoRewards Loyalty mereka untuk para pelanggan mendapatkan points dengan setiap pembelian yang dibuat.
Program ini mempunyai tiga peringkat* : • GoGold: Para pelanggan yang membelanjakan RM1,500 dan ke atas layak mendapat 50 Go Points • GoSilver: Para pelanggan yang berbelanja antara RM900 hingga RM1,499 layak mendapat 30 Go Points • GoBronze: Para pelanggan yang berbelanja antara RM500 hingga RM899 layak mendapat 10 Go Points
Layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store untuk mengetahui lebih banyak tawaran menarik. Jangan lupa untuk menonton Saluran Go Shop di Astro saluran 111 dan saluran 118.
*Setiap peringkat memerlukan sekurang-kurangnya dua pembelian sebulan dan Go Points akan dikreditkan secara automatik ke akaun pelanggan dalam masa 30 hari.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

10 Hari Tiada Pelanggan, 'Pak Cik Tukang Kasut' Pernah Tertidur Di Kaki Lima - "Memang Tiada Langsung Duit Poket..."

gempak
22/08/2024
09:25 MYT
Kasut-kasut lusuh menjadi peneman Ujang Samsudin siang dan malam. Bergantung harap pada kasut lusuh sebagai punca rezeki, dia pernah bergelut ketika tiada pelanggan singgah di 'kedai kecil' miliknya.
Hiburan

Ustaz Don Beri Penjelasan Berkenaan Isu Hari Tasyrik - “Saya Mohon Maaf Sebab Menjawab Dalam Keadaan Mengelirukan”

gempak
19/06/2024
05:25 MYT
Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal tampil memberikan penjelasan berhubung kenyataan yang mengelirukan mengenai berpuasa di hari Tasyrik.
Berita

Hasrat Balik Raya Tak Kesampaian, Lelaki Maut Dirempuh Ketika Rehat Tepi Jalan

gempak
16/06/2024
09:57 MYT
Seorang lelaki tidak sempat pulang ke kampung halamannya di Kampung Bertam, Gua Musang untuk menyambut Hari Raya Aidiladha apabila maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori dengan motosikal di Kilometer (km) 25, Jalan Lipis- Benta pada Ahad.
Berita

Di Indonesia, Ada Yang Sudah Raya & Solat Aidiladha Hari Ini

gempak
16/06/2024
04:47 MYT
Pemerintah Indonesia sebelum ini memutuskan Hari Raya Aidiladha jatuh pada 10 Zulhijjah 1445 H atau pada Isnin, 17 Jun 2024 (esok).
Berita

Ambang Hari Raya Aidiladha, Ini Jangkaan Jumlah Kenderaan Guna Lebuh Raya Utama!

gempak
15/06/2024
12:55 MYT
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan jumlah kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT2 meningkat sehingga 2.52 juta sempena perayaan Hari Raya Aidiladha pada 17 Jun ini.