HIBURAN
Bekas Pelakon Wanita Terima Aset RM1.1 Bilion Daripada Bapa Mentua Sebelum Meninggal
Bekas pelakon, Cathy Chui menerima hadiah dan aset bernilai HK$2 bilion ( RM1.1 bilion) daripada mendiang bapa mentuanya, Lee Shau Kee.
Mendiang yang merupakan seorang hartawan hartanah terkenal telah menghadiahkan dana pendidikan berjumlah HK$50 juta (RM27.2 juta), tanah bernilai HK$1.82 bilion (RM1 bilion), sebuah kapal layar mewah bernilai HK$110 juta (RM59.9 juta) serta sebuah banglo peribadi kepada anak menantunya itu.
Menurut laporan NDTV, pemberian tersebut adalah sebagai pengiktirafan terhadap peranan penting yang dimainkan oleh Cathy dalam keluarga dan juga empayar perniagaan Lee Shau Kee.
Mendiang dipercayai yakin dengan kebolehan dan pengaruh Cathy dalam mengekalkan kekuatan keluarga serta menyumbang kepada kejayaan legasi perniagaan mereka.
Cathy mula mendapat perhatian ramai selepas berkahwin dengan Martin Lee Ka-Shing, anak kepada Lee Shau Kee, pada tahun 2006.
Sejak itu, beliau dikenali bukan sahaja sebagai seorang isteri kepada pewaris empayar hartanah malah aktif dalam pelbagai kegiatan kebajikan dan sosial.
Anak sulung Cathy kini sedang menjalani latihan industri di Henderson Land, salah satu syarikat hartanah utama milik keluarga mereka.
Manakala anak keduanya yang berusia 15 tahun kini menuntut di Universiti Cambridge, United Kingdom.
Di samping statusnya sebagai sosialit, Cathy turut dikenali atas sumbangan besar dalam bidang kebajikan.
Cathy telah dilantik sebagai pengerusi kehormat dan duta bagi beberapa organisasi amal.
Pada tahun 2018, beliau telah menerima Anugerah AMFAR Award of Courage sebagai menghargai sumbangan cemerlangnya terhadap masyarakat.
Peninggalan dan pengiktirafan ini meletakkan Cathy Chui sebagai figura penting dalam kalangan elit Hong Kong, bukan sahaja kerana kekayaan yang dimilikinya tetapi juga kerana komitmennya terhadap keluarga dan masyarakat.
Must-Watch Video