gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Lamine Yamal Didakwa Eksploitasi Orang Kerdil Di Parti Ulang Tahun Ke-18
HIBURAN
Bertunang Lepas 6 Bulan Cerai, Andrew Andika Dicop Lelaki ‘Red Flag’
KELUANG MAN
Lelaki Ini Beri 8 Sebab Terhibur Dengan Keluang Man Lepas Tonton Di Astro First- “Tak Sangka Pula Cerita Ni Random meta komedi…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Bekas Finalis MasterChef Dan Bekas Suami Dipenjara 34 Tahun Bunuh Pembantu Rumah

Gempak
Gempak
23/06/2025
02:55 MYT
Sponsor Banner
Bekas Finalis MasterChef Dan Bekas Suami Dipenjara 34 Tahun Bunuh Pembantu Rumah
Bekas finalis Masterchef Malaysia bersama bekas suaminya dijatuhi hukuman penjara selama 34 tahun selepas didapati bersalah membunuh pembantu rumah mereka empat tahun lalu.
Tertuduh, Mohammad Ambree Yunos @ Unos, 44, turut dikenakan hukuman 12 sebatan manakala Etiqah Siti Noorashikeen Mohd Sulong, 37, dikecualikan daripada hukuman itu secara mandatori atas faktor jantina mengikut Seksyen 289 Kanun Tatacara Jenayah.
Hukuman dijatuhkan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu oleh Hakim Datuk Dr Lim Hock Leng yang dalam penghakimannya menyatakan bahawa kedua-dua tertuduh didapati bersalah membunuh Nur Afiyah Daeng Damin, 28, yang bekerja sebagai pembantu rumah mereka di sebuah kondominium di Penampang antara 8 hingga 11 Disember 2021.
Hock Leng menyatakan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes ini melampaui keraguan munasabah, manakala pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan terhadap pertuduhan.
Beliau turut berkata, pendakwaan berjaya membuktikan secara jelas elemen-elemen penting termasuk mangsa meninggal dunia akibat kecederaan; kecederaan tersebut dilakukan oleh tertuduh dengan niat mengikut Seksyen 300(c) Kanun Keseksaan; dan kedua-duanya bertindak dengan niat bersama.
Dalam menjatuhkan hukuman, mahkamah menegaskan bahawa walaupun kedua-dua peguam bela mengemukakan rayuan secara bersungguh-sungguh, namun kekejaman yang dialami oleh mangsa tidak boleh diabaikan.
Mahkamah turut mengambil kira jenis kecederaan serta cara ia dilakukan dalam tempoh masa yang panjang.
Sebelum itu, kedua-dua tertuduh disabitkan bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun, serta, jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dihukum sebatan tidak kurang daripada 12 kali.
Mohammad Ambree diwakili peguam Datuk Ram Singh, manakala Etiqah diwakili Datuk Seri Rakhbir Singh
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Suami
#Bunuh
#Masterchef
#Finalis
#Hukuman
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement