,
Laman Utama

Bekas Atlet Polo Air Kebangsaan Pearl Abdul Cuba Nasib Jadi Penyanyi! - "Impian Arwah Ibu Nak Saya Buat ..."

Amri Hassan
13/02/2023
11:57 MYT
Bekas alumni Diploma Muzik di Aswara serta jurulatih renang separuh masa, Pearl Abdul tidak berputus asa untuk mengorak langkah dalam bidang seni suara tanahair.
Berbekalkan keunikan tersendiri dari segi fesyen dan suara yang lain daripada yang lain, pendatang baharu anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu punyai pakej yang berlainan.
Pearl hadir dengan single pertamanya berjudul Ignore hasil ciptaan komposer yang sedang meningkat naik, Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & Jova Devito, manakala terbitan oleh AEG sepenuhnya.
"Syukur Alhamdulillah kerana bermula dari angan-angan untuk menjadi seorang penyanyi, kini peluang untuk menghasilkan single ini adalah rezeki yang tidak disangka-sangka, sejujurnya saya tidak pernah terfikir akan menyanyikan lagu ciptaan komposer hebat seperti Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & Jova Devito.
"Terima kasih kepada pihak AEG kerana sudi melamar saya menjadi artis naungan mereka dan terutamanya kepada Dato’ KK Chua yang nampak dan juga percaya dengan bakat yang saya miliki," kongsinya.

Pearl Abdul nak tunai hasrat ibu

Pelantun suara untuk single Ignore ini yang dulunya meminati program realiti Akademi Fantasia dan pernah menghadiri ujibakat namun tidak diterima masuk, berazam untuk merealisasikan impian arwah ibunya dengan membuat persembahan di pentas besar serta terus berusaha mengorak langkah dengan mendalami ilmu muzik sepenuh masa di ASWARA.
"So start from there, Pearl tanam niat if I really wanna do this, or to be in this music industry, at least I kena tahu basic education in music.
"Maka, Pearl menjadi seorang Pelajar Aswara. Di Aswara, bermulanya Pearl menceburi bidang nyanyian, tarian dan sedikit lakonan. Pearl belajar banyak perkara dari belakang tabir sehinggalah dihadapan panggung.
"Ketika masih belajar di Aswara, Pearl pernah memasuki reality show “I Can See Your Voice” Musim ke-3 episod 3 bersama Ismail Izzani.
"Bermula dengan hanya menemani kawan ke ujibakat nyanyian, namun Pearl dipaksa oleh mereka untuk masuk dan cuba nasib. Alhamdulillah ternyata rezeki ada disitu. "Walaupun jalannya tak seindah yang dibayangkan, banyak usaha yang Pearl cuba lakukan untuk sampai ke tahap ini. Akhirnya rezeki itu tertulis dengan Armani Entertainment Group," jelas Pearl.

Percaya pada bakat Pearl Abdul

Ibarat bulan jatuh ke riba, pihak AEG merasakan sudah masanya bakat Pearl diperkenalkan kepada khalayak ramai kerana bakat yang dimilikinya tidak seharusnya dibiarkan begitu sahaja.
Menurut Datuk KK Chua, Pengasas & Ketua Pegawai AEG, pihaknya percaya pada bakat yang dimiliki Pearl.
"Di AEG, kami percaya bakat anak muda tempatan wajar diberikan peluang dan diketengahkan agar ramai penggemar muzik dapat menikmatinya, saya yakin dengan keunikan Pearl Abdul yang mampu pergi jauh jika berada di landasan yang betul, lagi pula memang matlamat AEG untuk melahirkan lebih ramai bakat-bakat baharu," ujarnya.

Lagu tentang masalah kekasih ghosting!

Lagu Ignore merupakan sebuah karya elektronik moden dengan sedikit elemen pop yang menceritakan tentang nasihat dalam kehidupan, tidak mengendahkan nasihat yang baik-baik dari orang sekeliling.
Dalam perhubungan sepasang kekasih pula, lagu ini lebih mengetengahkan masalah pasangan kekasih yang “ignore” atau terus senyap dan terus menghilang. Mereka rasa hebat lepas berbuat demikian. Ada juga elemen jahat atau pembalasan dalam lagu jika diabaikan oleh pasangan kekasih.
"Proses rakaman ini memakan masa selama 3 jam, tetapi panduan lagu sudah diberikan 2 minggu lebih awal oleh komposer kerana saya perlu mendalami rasa serta vokal yang dikehendaki agar meresap ke dalam jiwa apabila dinyanyikan.
"Manakala untuk MV (video muzik) Ignore, kita akan keluarkan lirik video terlebih dahulu yang berkonsepkan ala-ala digital dan bermain dengan warna mengikut kesesuaian rentak lagu yang “catchy”.
"Idea untuk video muzik pula berkisar tentang seorang perempuan yang cuba untuk mendapat perhatian si lelaki tetapi terus di-ignore. Sewaktu “beat drop” di mana perempuan itu seperti menghantui pasangannya sehingga dia tidak lagi mampu untuk Ignore.
"Pearl berharap peminat dan pendengar dapat menerima kelainan dan keunikan Pearl Abdul sebagai penyanyi baru dalam era ini. Semoga Ignore juga dapat dijadikan mesej kepada semua untuk berfikir lebih luas dalam perhubungan ataupun perkara berkaitan yang tidak patut di Ignore,” tambah Pearl.
Lagu Ignore boleh dimuat turun di iTunes Store, boleh didengar dan dinikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.
Manakala video lirik single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube Armani Entertainment.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.