,
Laman Utama

Bawa Peminat Ke Melly Land Dalam Konsert Ada Apa Dengan Melly?, Wajib Pakai Uniform Sekolah!

Maliah Surip
02/12/2022
12:47 MYT
“Semua orang mungkin akan boleh dilihat dari segi kasta apabila membawa Chanel atau Gucci, tetapi apabila menyarung seragam sekolah, kita semua adalah sama,” ujar Iman Tang selaku penganjur bersama Icon Entertainment yang membawakan konsert julung kali Ada Apa Dengan Melly?.
Pada konsert yang dijadual berlangsung di Planery Kuala Lumpur Hall, 3 Februari 2023 juga akan mengambil nuansa persekolahan termasuk jualan jajan dan gerbang pintu sekolah.
Selain mahu membangkitkan nostalgia zaman sekolah sewaktu meledaknya filem Ada Apa Dengan Cinta?yang album runut bunyinya dihasilkan pasangan genius Melly Goeslaw dan Anto Hoed, apa yang penting menerusi penganjuran konsert ini adalah merayakan ulang tahun ke-30 komposer, penulis lirik dan penyanyi ini sepanjang kariernya.
Menurut Melly, apa yang penting dalan konsert ini adalah bukan soal bagaimana konsepnya dilaksana, tetapi momen yang ditinggalkan dalam setiap persembahan yang dilakukannya.
“Saya selalu pentingkan momen. Ia sangat penting dan jika mahu melakukan sesuatu yang saya mahu tinggalkan adalah momen atau kenangan. Itu yang akan didapatkan peminat lewat konsert ini,” ujar Melly ssat ditemui dalam sidang media Ada Apa Dengan Melly?di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur baru baru ini.
Telah menghasilkan lebih 600 lagu yang sebahagian besar dinyanyikan oleh penyanyi lain, pada Konsert Ada Apa Dengan Melly?, beliau akan mendendangkan lagu lagu tersebut khusus buat peminat di Malaysia.
“Jadi saya kelak bukan hanya menyanyikan lagu lagu sendiri tapi kebanyakan lagu yang dinyanyikan penyanyi lain yang dihasilkan saya, akan saya bawakan,” kata Melly.
Melly, 48, cukup terkenal dengan untaian hit seperti Denting, Jika dan Mana Malumu serta lagu nyanyian duet Marcell dan Shanty, Saling Memuji serta Ayat Ayat Cinta (Rossa).
Sudah memulakan latihan dengan Anto Hoed menjadi Pengarah Muzik, Melly mengingatkan agar peminat yang hadir wajib berbaju sekolah.
“Semua wajib berbaju sekolah ya, tentang busana saya pula, perlu dinantikan,” katanya.
Tiket tiket Ada Apa Dengan Melly? dijual bermula dengan harga RM268 untuk kategori Apa Artinya Cinta!, RM388 (Eifel… I’m In Love), RM438 (Ketika Cinta Bertasbih) Ada Apa Dengan Cinta (RM538), My Heart (RM838) dan Habibie & Ainun (RM1588).
Semua tiket boleh dibeli menerusi www.ticket2u.com.my.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Terkini

“Satu Hari nanti Jika Sesuai…” - Belum Masa Untuk Buat Konsert, Dayang Nurfaizah Mahu Fokus Album

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Perjalanan seni penyanyi, Dayang Nurfaizah kini sudah berusia 25 tahun.
Hiburan

Mahu Fokus Karier, Aisha Retno Doakan Kejayaan Yuka Kharisma - "Hanya Padang Mahsyar Yang Boleh Menjawab"

gempak
21/11/2024
06:55 MYT
Namun menurut Aisha buat masa ini dia hanya mahu memfokuskan kepada kariernya dan lagu yang akan dilancarkan pada bulan hadapan.
Hiburan

Luar Biasa! M Nasir, Sheila Majid, Misha Omar, Aina Abdul & Amir Jahari Jentik Emosi Peminat Di Konsert Amal MPO: Resonance For A Reason

gempak
19/11/2024
15:52 MYT
Dengan kehadiran lebih 900 penonton, ternyata penganjuran Konsert Amal Orkestra Filharmonik Malaysia, MPO Benefit Concert: Resonance for a Reason berjaya menambat hati peminat.
Berita

Pelajar Tingkatan Dua M*ut Terjatuh Tingkat Lapan Bangunan Sekolah

gempak
19/11/2024
02:25 MYT
Pelajar perempuan Tingkatan Dua ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan sebuah sekolah menengah di Jelutong, Georgetown, Pulau Pinang, semalam.
Unitar