,
Laman Utama

Bawa Lagu Tak Mungkin Berpaling & 24 Hit, Exists X Orkestra Bukan ‘Pernikahan Aneh’ Tapi Luar Biasa Enak

Maliah Surip
23/12/2023
14:55 MYT
Exists tidak memerlukan sebuah usaha keterlaluan untuk menyatakan mereka sebagai kugiran tanah air yang hebat.
Exists sudah sejak azali di tahun-tahun awal masuk industri terus menakluk peminat dengan karya ‘menusuk’ mereka secara bersahaja.
Kugiran yang diasaskan di Johor Bahru itu juga hanya perlu mementaskan karya malar segar mereka yang selama ini tumbuh subur dalam sanubari para peminatnya.
Dan untuk menebarkan karya yang terhasil lebih tiga dekad bergelumang dalam belantika muzik, kugiran yang dianggotai Mamat, Ezad, Ajai, Along, Musa dan Ujang ini mempamerkan ia lewat persembahan yang bukan dilakukan untuk show off atau pembuktian Exists hebat.
Sebaliknya persembahan kugiran yang dipamerkan menerusi Konsert Exists X Orkestra yang berlangsung di Mega Star Arena malam 22 Disember 2023 adalah babak-babak sederhana namun meninggalkan kesan manis dan besar bukan sahaja buat peminat tetapi mengenai perjuangan sepak terajang karier mereka.
Merupakan konsert perdana yang menyaksikan Exists ‘menikah’ dengan pemain orkestra, peminat dibawa masuk ke sebuah pengalaman mendengar kesemua lagu yang persembahkan menerima susunan baharu dan kemudian bersalut mewah dengan muzik orkestra.
Sebagai kesemua anggota yang fasih tentang muzik, menikahkan permainan mereka dengan para pemain DBKL orkestra dilihat tidak terlalu mencuba. Tiada yang ‘aneh-aneh’ sehingga mematikan rasa sebenar setiap karya asalnya.
Sebaliknya saat tembang seperti Jesnita, Julia, Rahsia Pohon Cemara, Untukmu Ibu, Seperti Dulu, Anugerah, Mengintai Dari Tirai Kamar, Kapal Terbang Kertas, Percayakan Siti, Langkah Seiringan sehingga ditutup dengan Alasanmu (ini sebahagian daripada rendisi sekitar 24 lagu) pernikahan Exists dan DBKL Orkestra berjalan mulus.
Bersama dua vokalis mereka iaitu Mamat dan Ezad membawa peminat pulang menziarah ke zaman kegemilangan Exists lewat enak merdu vokal dan karisma masing-masing.
Mamat mengubat rindu peminat melalui penampilan ‘yang begitu sahaja’ tapi suaranya menjadi instrumen dan bakat yang tidak boleh dinafikan.
Ezad pula menang di hati peminat kerana vokal yang langsung tidak berubah seperti ‘menelan kaset’ dan kekuatan karya-karya Exists yang membuat mengapa kugiran ini masih relevan saat usia sudah 30 tahun.
Sementara Ajai, Ujang, Along dan Musa sentiasa menjadi tulang belakang terbaik Exists menerusi kepakaran dan kecintaan masing-masing dalam karier yang telah banyak memberi ilmu kepada mereka.
Dan antara yang mencuri perhatian saat Exists memainkan lagu yang Rindu Serindu Rindunya yang dikenali pendengar sebagai milik kumpulan Spoon serta Tak Mungkin Berpaling kepunyaan Slam.
Sambutan yang diterima bergemuruh, semua menyanyi sama kerana kedua lagu ini dikemas semula susunan muziknya menjadi enak.
Ironi tanpa sedar Rindu Serindu Rindunya dan Tak Mungkin Berpaling adalah lagu milik Exists.
“Rindu Serindu Rindunya dan Tak Mungkin Berpaling adalah lagu Exists. Kami pernah merakamkan kedua-dua lagu ini dan ada di dalam album.
“Ezad merakamkan Rindu Serindu Rindunya.
“Sementara sejarah Tak Mungkin Berpaling pula adalah Saari Amri terberi lagu itu kepada Exists dan Slam. Kami merakam lagu tersebut bersama Mamat.
“Namun akhirnya atas persetujuan melepaskan Tak Mungkin Berpaling kepada Slam. Sebab itu Exists membawa kedua lagu ini dalam konsert Exists X Orkestra,” ujar Exists yang ditemui usai konsert yang dibawakan Persatuan Global Malaysia berlangsung.
Dan saat lebih 4,000 peminat pulang dibalut kenangan manis menonton sejarah baru yang dicetak menerusi Exists X Orkestra (yang sebahagian jualan tiket disalurkan kepada Palestin), kugiran ini sudah merencana lebih banyak kerja yang mahu dilakukan pada tahun 2024.
Konsert dan persembahan sudah bersusun, perancangan juga sudah banyak dibuat sebagai tanda kecintaan Exists terhadap karier mereka.
Namun apa yang paling penting, Exists mengajar dan secara tak langsung menunjukkan kepada peminat bahawa menjadi pelaku seni bukan untuk menjadi popular dan glamor tetapi ia tentang komitmen, pembelajaran, toleransi dan persahabatan yang membawa mereka bertahan.
Di sini Exists telah menang tanpa bertanding. Mereka telah menang apabila karya yang hampir kesemuanya menerima sentuhan komposer terbaik negara disampaikan seterusnya kesan lagu yang dihasilkan sentiasa bernilai ‘emas’.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ajai Dedah Sikap Mamat, Tolak Dakwaan Terjebak Gejala Dadah Sebab Salah Pilih Kawan - “Selalu Datang Sesi Latihan, Sangat Berdisiplin”

gempak
12/07/2024
02:00 MYT
Ajai menolak dakwaan bahawa sahabatnya yang juga merupakan anggota kumpulan Exists iaitu Mamat berkali-kali terjebak dengan gejala dadah disebabkan tersalah memilih kawan dan juga faktor sekeliling.
Hiburan

Exists, Ungu ‘Berentap’ Di Pentas Konsert Pada 14 Julai Ini

gempak
07/07/2024
08:25 MYT
Impian dua buah kumpulan popular Exists dan Ungu untuk beraksi di atas satu pentas konsert berskala besar akan terlaksana.
Laman Utama

“Exists Ini Saya Suka Lagunya, Namun Belum Pernah Jumpa Orangnya” - Pasha Ungu

gempak
30/11/2023
08:55 MYT
Ungu mahu berkongsi pentas dengan Exists
Laman Utama

Memang Legend! Lepas Tawan Semenanjung & Singapura, Exists Konsert Di Sarawak Mei Ini

gempak
01/02/2023
13:55 MYT
Tak sabar!
Laman Utama

1,000 Peminat Hadir Konsert Resolusi Exists Sehari Sebelum PRU15

gempak
24/11/2022
06:20 MYT
Memang best!