,
Laman Utama

Battle Of The Band Dihidupkan Balik Selepas 20 Tahun Sepi! Ini 5 Perkara Korang Perlu Prepare Sebelum Pergi Ujibakat

Amri Hassan
10/08/2023
04:41 MYT
Kali terakhir, penganjuran festival yang mencungkil bakat kugiran tempatan iaitu Battle Of The Band (BOTB) diadakan kira-kira 20 tahun lalu.
Terbaharu, festival muzik yang akan dimulakan dengan pertandingan kugiran dan diakhiri dengan konsert mega tampil dengan konsep serta format baharu iaitu BOTB 2023.
Pengarah MASH Entertainment Sdn Bhd yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Pembangunan Hidayah (HERO), Dr Murad Hilmi Mohamed berkata, festival itu bakal menjadi platform kepada bakat muda yang ingin mempamerkan bakat dan karya menerusi bidang muzik.
Dr Murad berkata, festival ini adalah pertandingan yang bakal disertai generasi muda dalam bidang muzik untuk pamerkan bakat terpendam kepada umum.
Ini lima perkara yang korang perlu tahu mengenai BOTB 2023 sebelum datang ujibakat!

1. Terbuka kepada kugiran seluruh Asia

“Festival ini dibuka kepada mana-mana band atau kugiran dari seluruh Asia termasuk Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura.
“Apa yang ingin diketengahkan adalah menggarap muzik berkualiti dan bakat-bakat yang bakal meneruskan legasi untuk mewarnai industri muzik.
“Kami masih mengekalkan nama BOTB kerana ia sudah sinonim dengan kugiran,” katanya ketika sidang media BOTB yang diadakan di Hotel Royale Chulan, The Curve, Damansara, baru-baru ini.

2. Objektif studio rakaman kembali bernafas

Mengenai penganjuran festival itu, kata Dr Murad, objektif utama untuk membuka peluang kepada studio rakaman agar kembali bernafas.
Katanya, fenomena bakal tercetus dengan penganjuran festival itu, sekali gus akan menaikkan martabat penggiat seni tanah air.
“Semoga festival ini dapat memberikan impak besar kepada industri muzik tempatan dengan kepelbagaian genre muzik berkualiti tinggi.
“Kami mahu mencari bakat berkualiti yang mampu kekal relevan dalam industri muzik, bukan tenggelam selepas muncul dengan satu single sahaja,” katanya.

3. Saringan pertama 7-10 September 2023

Sementara itu, mengulas acara itu, kata Dr Murad, peserta perlu melalui sesi saringan peringkat pertama yang bakal berlangsung antara 7 hingga 10 September depan bertempat di Pasir Gudang, Johor.

4. Lokasi pilihan Pasir Gudang, Johor! Tempat asal BOTB

“Lokasi Pasir Gudang dipilih kerana ia sinonim dengan BOTB sejak dianjurkan pada 1974.
“Seramai 15 peserta dipilih pada saringan pertama dan diuji sekali lagi pada sesi separuh akhir pada 23 September depan.
“Peserta akan diberi peluang menyampaikan lagu saduran dan cabaran. Contohnya, lagu Damasutra dalam genre rock balada, kita akan cabar peserta menyampaikan dalam rentak reggae dan melihat bagaimana membuat susunan semula muzik mengikut kreativiti,” katanya.

5. Hadiah utama RM10,000 & rakam single baharu

Kata Dr Murad lagi, seramai 10 peserta terbaik akan dipilih untuk melayakkan diri ke peringkat akhir yang bakal berlangsung di Jobox, Plaza Angsana, Johor Bahru.
“Pemenang pertama bakal membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta trofi dan berpeluang merakamkan single baharu. Tempat kedua RM5,000 dan ketiga RM3,000.
“Kami juga bercadang menganjurkan pertandingan bagi musim kedua dan ketiga sekiranya festival ini mendapat sambutan peserta,” katanya.
Manakala, barisan artis legenda BOTB seperti Lord Lokman (The Boys), pemain dram Ekamatra, Acid; ketua kumpulan dan pemain gitar Bloodshed, Hamdan dan Bagio Damasutra bertindak sebagai mentor program ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Keluang Man

Mural Gergasi Keluang Man, Nas Anggap Satu Penghormatan - “Paling Besar, Tiga Tingkat Memang Hebat”

gempak
11/09/2024
12:25 MYT
Nas Muammar Zar menyatakan rasa berbesar hati melihat mural gergasi setinggi tiga tingkat superhero ikonik Malaysia, Keluang Man diabadikan di Kluang, Johor.
Hiburan

Baggio Damasutra Seronok Buat Live Di TikTok, Nafi Terdesak Tiada ‘Job’ - "Saya Masih Aktif..”

gempak
08/09/2024
23:55 MYT
Sering bergiat aktif melakukan siaran langsung di TikTok, vokalis Damasutra, Baggio menafikan dirinya terdesak susulan didakwa tiada tawaran pekerjaan.
Hiburan

Jadi Lokasi Ikonik Penggambaran Filem, Mural Gergasi Keluang Man Setinggi Tiga Tingkat Diabadikan Di Kluang Johor

gempak
07/09/2024
09:30 MYT
Bagi meraikan watak kebanggaan superhero ikonik Malaysia, Astro Shaw melancarkan mural gergasi Keluang Man di salah satu lokasi penggambaran filemnya iaitu di Kluang, Johor.
Viral

'Adik Dengar Kakak Cakap "Tak Nak" Dalam Bilik Air'

gempak
01/09/2024
06:31 MYT
Guru mengaji dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar, pada Ahad, atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya dalam bilik air di sebuah pusat mengaji di Batu Pahat, bulan lalu.
Hiburan

Band Underground Uncure Perjuangkan Isu Palestin, Bakal Adakan Showcase Tanda Soladiriti - "Kami Ingin Gabung Kelompok Berbeza"

gempak
25/08/2024
16:04 MYT
Atas kesedaran untuk menzahirkan solidariti terhadap saudara di Palestin, maka terlahirlah karya yang bertajuk 'Palestin : Hak Yang Dinafikan' oleh band Uncure yang dianggotai oleh Taiyuddin Bakar (vokalis), Anaz (gitar), Macik (drum) dan Hakim (bass).