gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Komen Isu 4U2C, Ajai Dakwa Beri Fakta, Tiada Niat Tutup Periuk Nasi Sesiapa
HIBURAN
AC Mizal Kecewa Dengan Kenyataan Ajai - "Come On You’re My Friend, Kenapa Nak..."
HIBURAN
“Kami Tak Salah…” - Isu Hak Cipta Lagu, 4U2C Tuntut Permohonan Maaf Secara Terbuka Dalam Masa 24 Jam
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Baru ‘Join’ Threads, Yusry Kendali Sendiri Setiap Akaun Sosial Media - “Bila Terlalu Luangkan Masa Baca Komen…”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
02/07/2025
01:55 MYT
Sponsor Banner
Baru ‘Join’ Threads, Yusry Kendali Sendiri Setiap Akaun Sosial Media - “Bila Terlalu Luangkan Masa Baca Komen…”
Selain TikTok dan Instagram, pengarah Datuk Yusry Abdul Halim memaklumkan dia baru sahaja mencipta akaun Threads pada beberapa minggu lalu.

Tak terlalu aktif

Mengendalikan sendiri semua akaun sosial media miliknya, Yusry bagaimanapun berkata dia tidak terlalu banyak masa untuk aktif di setiap platform tersebut.
“Baru sertaimenyertai Threads beberapa minggu lalu. TakTidak pernah terfikir saya memerlukan aplikasi sosial lain pada telefon saya. Tapi hanya guna macam sambungan dengan IG saya (ya saya ada TikTok juga).

“Tapi itulah, umur-umur macam ini tak la banyak masa sangat nak jadi aktif dekat semua akaun sosial media.

“Semua akaun saya diuruskan dan dikendalikan oleh saya (bukan yang palsu, jika ada),” katanya.

Perkongsian di laman sosial

Dalam pada itu, ahli kumpulan KRU ini turut berkata setiap sosial media mempunyai perkongsian yang menghiburkan selain ada juga terlalu negatif.
Bagaimanapun, suami kepada pelakon Datin Lisa Surihani ini lebih melihat perkara baik dan mengabaikan sahaja isu negatif.
“Jadi, maaf jika saya tak berapa aktif. Cuma kadang-kadang bila terlalu meluangkan masa membaca komen-komen macam-macam rasa datang. Baik dan buruk. Sebab ada perkongsian yang menghiburkan, informasi dan kelakar.

“Ada juga yang jahat, toksik dan menghakimi atau terlalu mengkritik tentang semua perkara. Tapi ya itulah kehidupan yang betul.

“Bagi saya, saya lebih suka melihat yang baik dan abaikan yang buruk. Tapi kita semua pun manusia. Tak apa, hanya singgah dengan salam mesra dan hello semua,” ujarnya. ,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Lisa Surihani
#Instagram
#Yusry
#Yusry Abdul Halim
#TikTok
#Threads
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement