gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Isteri Amy Search Kongsi Foto Hadir Ke IPD Shah Alam
HIBURAN
4 Dekad Dalam Industri, Sheila Majid Rai Kerjaya Seni Menerusi Konsert Sheila Majid 40 Years in Music
HIBURAN
“Dah Cari, Memang Gambar Sama” – Niezam Zaidi Guna Gambar Fify Sebagai Wallpaper, Netizen Yakin Cinta Masih Berputik
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Barang Kemas Dicuri, Keselamatan Terganggu, Prince Syed Buat Laporan Polis - "Saman Menanti Juga!"

Amri Hassan
Amri Hassan
15/07/2025
22:25 MYT
Sponsor Banner
Barang Kemas Dicuri, Keselamatan Terganggu, Prince Syed Buat Laporan Polis - "Saman Menanti Juga!"
Usahawan dan personaliti media sosial terkenal, Prince Syed, tampil membuat beberapa laporan polis berhubung insiden kecurian, gangguan privasi dan hasutan terhadap perniagaan milik diri dan isteri.
Menurutnya, tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap individu-individu terlibat yang telah dikenal pasti.
“Laporan polis terus dibuat. Hari ini kita buat tiga dulu report (polis) kerana kes kecurian barang emas saya, kemudian privasi saya diganggu, kes hasutan terhadap perniagaan saya dan isteri.
"Banyak sebab dah lewat malam, esok kena buat makeup untuk customer. Lepas tu kita sambung buat report-report untuk tujuan saman,” kata Prince Syed dalam satu kenyataan di media sosial.
Katanya, beberapa isu lain tidak dapat dikongsikan kepada umum atas faktor keselamatan dan akan terus disalurkan kepada pihak berkuasa melalui saluran rasmi.
“Sekarang ni apa-apa kita cerita kat balai polis dan mahkamah saja. Senang, biar pihak berkuasa yang ambil tindakan.
“Saya sudah tak boleh berfikir secara positif dah. Sebab ini melibatkan keselamatan saya dan macam-macam lagi. Sangat mengganggu saya. Minta maaflah. Standby, kita akan buat saman,” ujarnya.
Prince Syed turut berkongsi bahawa segala bahan bukti telah dikumpulkan dengan rapi, termasuk tangkap layar kenyataan-kenyataan yang dianggap berunsur fitnah, mengganggu privasi serta mencetuskan rasa tidak selamat.
“Nama-nama itu nanti, get ready-lah. Kita beri hadiah sempena hari jadi saya. Special untuk ramai individu. Semua kita dah screenshot yang cakap bukan-bukan, yang ganggu privasi kami dan keselamatan kami.
“Dengan kes kecurian barang kemas pula. Inilah nasib bernama Syed. Yang dipinjamkan jasad oleh Allah, perlu bawa jasad ini sebaik mungkin. Jasad ini Allah beri yang ada kelebihan, tak sama macam orang lain,” katanya.
Prince Syed menegaskan bahawa dirinya akan terus mempertahankan maruah, hak dan keselamatan tanpa kompromi.
Segala tindakan akan dilakukan secara sah dan profesional melalui pihak polis dan sistem perundangan negara.
Urusan laporan telah dilakukan di IPD Klang Utara dan menurutnya, kesemua proses berlangsung dengan lancar.
Topic Berkaitan
#Viral
#saman
#Curi
#Polis
#Keselamatan
#Barang Kemas
#Laporan
#Klang
#Prince Syed
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement