BERITA
Bapa AG Coco Meninggal Dunia
Bapa kepada komposer dan gitaris kumpulan Hujan, AG Coco iaitu Mohd Hafidz Hussein
Telah menghembuskan nafas terakhir pada Isnin.
Menerusi satu hantaran di Instagram Stories, AG memaklumkan bahawa jenazah bapanya akan disemadikan di Masjid Akar Peluru, Alor Setar.
Bagaimanapun, punca kematian tidak didedahkan oleh pihak keluarga.
“Dengan penuh dukacita, kami memaklumkan pemergian ayahanda kami, Mohd Hafidz bin Hussein pada hari ini, 21 April 2025 bersamaan 22 Syawal 1446H.
“Jenazah akan dibawa pulang ke Masjid Akar Peluru, Alor Setar di mana solat jenazah akan dilakukan sekali lagi sebelum pengebumian dijalankan,”tulisnya.
Terdahulu, Komposer dan gitaris kumpulan Hujan, AG COCO meluahkan rasa sedih apabila ayahnya, Mohd Hafidz Hussein mengalami strok yang teruk dan terlantar dalam keadaan koma pada malam raya.
Pada masa sama AG Coco turut menyatakan dia tidak akan pernah melupakan momen tersebut dan menyifatkannya sebagai malam raya paling emosional yang akan terus terpahat dalam memorinya
Must-Watch Video