,
Laman Utama

Bael0n Nyanyi Balik Lagu Dangdut Amelina, Rasa Diri Tak Popular Pun Walau Followers Cecah ...

Asraf Aided
29/07/2021
10:40 MYT
Meskipun memiliki lebih 50,000 pengikut di TikTok, penyanyi baru yang sedang mencipta nama, Bael0n tidak merasakan dirinya sebagai 'selebriti' di platform berkenaan.
Pemilik nama sebenar Nabil Izwan Norsaiful 'Adlan, 24, ini sebaliknya hanya mahu berkarya dan mencuba pelbagai perkara baru.
“Saya cuma pengguna TikTok yang suka berkarya dan cuba benda baru untuk kekal relevan serta diterima masyarakat.
"Saya harap orang dapat menerima karya-karya saya yang akan datang dengan baik.
"Saya berazam mahu terus hiburkan masyarakat terutamanya ketika mereka sedang bosan dan sedih. Saya nak orang gembira, cukuplah sekadar itu,” katanya kepada Gempak.
Dalam perkembangan terbaru, artis di bawah naungan Sony Music Malaysia ini tampil dengan lagu Rindu versi terbaru.
Lagu yang dipopularkan oleh Amelina sebelum ini itu diberi nafas baru dengan gabungan dangdut dan rap.
“Lagu Rindu oleh Amelina adalah lagu yang malar segar dan saya mendengarnya di TV sejak kecil lagi.
"Saya rasa kalau lagu ini diberi nafas baru pastinya mampu memberikan impak dalam industri muzik tanah air," katanya lagi.
Menariknya, Bael0n tidak mahu mengubah drastik melodi dangdut asal dalam lagu tersebut dan hanya menonjolkan kemampuan rap serta menulis liriknya sendiri.
“Sejujurnya saya bukan nak menjadi ‘rapper segera’, tapi saya ingin belajar menjadi seorang penghibur yang mampu membawakan pelbagai genre. Dalam pada masa yang sama, saya juga masih belajar untuk menulis lirik.
"Lirik lagu ini ditulis sepenuhnya oleh saya dengan menggunakan perkataan yang mesra kita dengar.
"Insya-Allah saya akan terus memperbaiki penulisan lirik saya pada masa akan datang," katanya lagi.
Sekitar awal tahun ini, Bel0n telah tampil dengan lagu Cek Mek Molek nyanyian asal Datuk M Daud Kilau yang juga diberi nafas baru.
Lagu Rindu versi Bael0n kini boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kembali Gegarkan China, Shila Amzah Terpaksa Berjauhan Dengan Anak-Anak – “Akhirnya Saya Buat Ini Untuk Keluarga Saya..."

gempak
13/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Shila Amzah mengakui terpaksa berkorban masa dengan keluarga apabila kembali menyertai sebuah pertandingan realiti nyanyian di China iaitu 'Singing With Legends' musim keenam.
Hiburan

Abby Abadi Rasa Rindu Bila Peluk Model Persis Wajah Anak - “Tiba-Tiba Datang Rindu”

gempak
11/09/2024
23:55 MYT
Pelakon Abby Abadi sekali lagi mencuri perhatian ramai di media sosial baru-baru ini.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.
Hiburan

Syada Rindu Shila, Jelas Status Hubungan Keluarga Terkini - "Kami Tak Bercakaran, Tapi…"

gempak
21/08/2024
07:55 MYT
Penyanyi Syada Amzah tampil memberi respons susulan dia memuat naik sebuah video penghargaan kepada kakaknya yang juga penyanyi, Shila Amzah sempena ulang tahun kelahiran Shila baru-baru ini.
Hiburan

"Sendu? Tak Boleh Pukul Rata Semua Selebriti... Kami Pun Perlu Berehat" - Suki Low

gempak
19/08/2024
08:55 MYT
Penyanyi Suki Low tampil memberi respon terhadap dakwaan dirinya semakin kurang popular (sendu).