,
Laman Utama

Azlan Komeng Nafi Dah Cerai, Akui Isteri Salah Faham Sebab Tak Berapa Faham Bahasa Pasar

Izwan Isa
08/12/2023
01:55 MYT
Pelakon Azlan Komen menafikan dakwaan lafaz cerai yang dilakukan terhadap isterinya, Nur Nilam Ortiz baru-baru ini.
Azlan berkata, salah faham itu timbul apabila isterinya menganggap telah diceraikan ketika mereka sedang bergaduh.
“Kami bergaduh soal bisnes. Saya cakap pada isteri ‘engkau buat jalan engkau, aku buat jalan aku’. Saya tak sebut pun perkataan cerai atau talak. Jadi dia ingat saya ceraikan dia.

BERITA TRENDING: Jovian Mandagie, Nina Ismail Sabri Umum Bercerai - “Kami Percaya Itu Adalah Yang Terbaik”

“Namun, selepas insiden berkenaan, kami rujuk perkara tersebut ke mahkamah syariah. Alhamdulillah, rumah tangga kami tiada masalah dan sudah pun diselesaikan di mahkamah,” katanya.
Azlan berkata demikian kepada Gempak ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Perjanjian Anak Syaitan 2 pada Selasa.
Azlan menambah, ramai dalam kalangan netizen yang tidak tahu bahawa Nur Nilam bukanlah orang Melayu. Menurutnya, wanita itu berketurunan Siam dan Sepanyol.
Malah, tambah Azlan, wanita itu hanya mempelajari bahasa Melayu menggunakan buku atau bahasa formal.
“Jadi bila bercakap bahasa pasar, dia selalu salah faham,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Azlan mendedahkan punca pergaduhan adalah disebabkan perniagaan dan masing-masing tidak sehaluan.
“Kami sekarang perlahan-lahan ada sertai acara jualan makanan. Isteri banyak terbabit dalam perniagaan besar, saya pula kecil. Kami mempunyai jalan berbeza dalam mengendalikan bisnes sehingga boleh bergaduh.
“Jadi saya cakap pada isteri, engkau buat jalan engkau, aku buat jalan aku. Itu yang menjadi punca dia ingat saya ceraikan dia,” jelas Azlan.
Ingin menyejukkan hati, Azlan mengakui yang dia bertindak keluar rumah kerana tidak mahu bergaduh. Begitupun, isterinya membuat kenyataan ketika dia tiada di rumah.
“Memang terkejut jugalah. Isteri sebenarnya tidak bersetuju sekiranya kami bercerai. Lagi pun dia faham perkara seperti itu tidak boleh dibawa main. Jadi kami memutuskan untuk rujuk kepada pihak yang lebih arif.

BERITA TRENDING: Adira Failkan Cerai Kali Kedua, Hakim Tegur Datuk Red Sengaja Lengahkan Kes!

“Hakim pun gelak bila saya ceritakan semuanya. Jadi, alhamdulillah perkara ini sudah pun selesai apabila mahkamah memutuskan tiada perceraian yang terjadi.
“Sebab saya tidak sebut langsung perkataan cerai atau talak. Maafkan isteri saya kerana terlalu cepat membuat andaian. Nur Nilam juga tidak faham sepenuhnya bahasa Melayu terutama bahasa pasar,” jelasnya yang turut menolak perselisihan itu berlaku akibat wujudnya orang ketiga.
Untuk rekod, Nur Nilam mengesahkan sudah bercerai dengan Azlan, baru-baru ini. Dia juga memaklumkan hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membuat pengesahan lafaz cerai pada 30 November lalu.
Azlan dan Nur Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hiburan

“Fattah Okay Sahaja Di Set Penggambaran, Dia Sangat Professional” - Liyana Jasmay

gempak
14/09/2024
23:55 MYT
Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay enggan mengulas dan memberi sebarang komen berkenaan rumah tangga aktor, Fattah Amin. meskipun sedang menjalani penggambaran untuk sebuah naskhah bersama.
Hiburan

Fattah Amin Dedah Tiada Orang Ketiga, Akui Masih Sayangkan Fazura

gempak
14/09/2024
04:26 MYT
Pelakon Fattah Amin menegaskan bahawa tiada wanita lain dalam hidupnya yang menyebabkan kepada keruntuhan rumah tangganya bersama aktres, Fazura.
Hiburan

“Saya Sudah Ada Isteri, Kenapa Nak Layan Orang Ketiga?” - Video Fattah Amin Ulas Tentang ‘Penyondol’ Kembali Tular

gempak
14/09/2024
03:12 MYT
Satu video temu bual berkaitan pelakon, Fattah Amin mengulas tentang isu orang ketiga dalam perhubungan kembali tular dalam media sosial.