,
Hiburan

Azhar Nak Cari Pasangan Baru Yang Lebih 'Setia'

Mya Amri
03/02/2017
08:42 MYT
Penyanyi Azhar memberitahu dia merancang untuk mencari anggota baru bagi menggantikan Hael yang mengumumkan pengundurannya daripada kumpulan duo Azhael.
Menurut Azhar dia tidak mahu menjadi batu penghalang kepada Hael yang ingin meneruskan kerjaya solonya sendiri.
“Dia dah buat keputusan jadi biarlah, saya tak mahu jadi penghalang kerjaya dia lagipun saya tahu ramai peminat di Instagramnya yang minta Hael untuk menyanyi solo.
“Memandangkankan jiwa saya lebih kepada vokal berkumpulan, selepas ini saya akan mencari ahli baru bagi menggantikan Hael.
“Kalau boleh saya mahukan berkumpulan yang vokalnya boleh diharmonikan dengan vokal saya.
"Saya juga mahu cari pasangan baru yang lebih setia,” katanya ketika dihubungi oleh Astro Gempak.
Mengulas mengenai Azhael, Azhar menjelaskan dia menghormati keputusan Hael walaupun masih banyak kejayaan yang diimpikan bersama kumpulan tersebut belum tercapai.
“Tipulah kalau kata tak sedih, sedikit sebanyak terasa juga, kalau kira Azhael masih lagi baru nak bertapak dalam industri.
“Banyak lagi kejayaan yang belum kami kecapi menerusi nama Azhael itu sendiri, tapi keputusan telah dibuat dan saya hormatinya.
“Saya pun tak mahu jadi penghalang dan saya doakan dia berjaya lagipun Hael memang seorang yang berbakat,” jelasnya.
Teks oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Azhar Osman Bekas Rakan Duo Hael Husaini, Sah Bergelar Suami Sekali Lafaz

gempak
02/07/2022
12:00 MYT
Tahniah Azhar dan pasangan
Laman Utama

Lama Menyepi, Azhar Osman Kembali Mewarnai Industri...Ada Single Baru!

gempak
13/04/2021
05:25 MYT
Bertahun lamanya tidak mendengar berita pelakon dan penyanyi, Azhar Osman, akhirnya dia kembali memeriahkan industri muzik dengan lagu baharunya berjudul Ternyata.
Laman Utama

“Baru Baik Dari Penyakit…”- Dilihat Semakin Kurus & Cengkung, Ramai Bimbangkan Azhar Osman

gempak
31/03/2021
00:38 MYT
Ramai Bimbangkan Azhar Osman
Berita

Setahun Senyap Di Instagram, Azhar Osman Muncul Dedah Alami Penyakit...

gempak
10/11/2020
02:15 MYT
Kenapa pula ni?
berita

Azhar & Adira Tersingkir, Peminat Menangis!

gempak
18/09/2017
06:23 MYT