,
Laman Utama

“Ayu Tak Mahu”- Nourul Akhirnya Berjaya Menjual Cincin Perkahwinan Pertamanya Dengan Harga...

Syafiqah Jalal
29/06/2021
02:11 MYT
Penyanyi Nourul Wahab akhirnya berjaya menjual cincin perkahwinan pertamanya dengan harga RM750 yang akan disalurkan bagi tujuan amal.
Nourul mengucapkan tahniah kepada pembida tertinggi yang Berjaya mendapatkan cincin tersebut.
“Tahniah Cik @hayani_h24 pembida tertinggi iaitu RM750. Selesai dah kes cincin ni.
“Semoga yang memerlukan barang keperluan mendapat manfaatnya. Amin,” katanya.
Selain itu, Nourul juga memberitahu anaknya, Ayu Nazirah sudah memberi keizinan untuk dia menjual cincin tersebut sebagai jawapan kepada ‘desakan’ warganet yang tidak bersetuju dia melelong aksesori perhiasan jari itu.
“Ayu tak mahu. Saya tanya dia dulu. Dia keutamaan dan dia tak suka emas. Dia izinkan saya menjual cincin itu. Sekian, khas buat semua kakak joyah yang rajin bagi pendapat,” katanya.
Terdahulu, segelintir warganet kurang bersetuju dengan tindakan penyanyi itu untuk melelong cincin perkahwinan pertamanya kerana mereka berpendapat, cincin tersebut harus diberikan kepada anak perempuannya.
Namun, terdapat juga warganet yang meminta agar peminat menghormati keputusan Nourul untuk melelong cincin tersebut atas tujuan amal.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gimik Bagi Cincin, Adira Nafi Dakwaan Mempermainkan Isu Rumah Tangga - “Cukuplah Hanya Saya & Abang Red Sahaja Tahu”

gempak
19/09/2024
23:55 MYT
Penyanyi, Adira Suhaimi menafikan dakwaan mempermainkan isu rumah tangga bersama bekas suaminya iaitu usahawan yang kini dipanggil Abang Red.
Viral

Tular 'Private Island' Di Langkawi Bakal Dijual Lebih RM9 Juta?

gempak
10/09/2024
10:25 MYT
Tular di Tik Tok video dimuat naik seorang perunding hartanah memaparkan sebuah pulau persendirian yang terletak berdekatan Pulau Langkawi yang ingin dijual sejak Isnin.
Berita

Bomba Potong Cincin Sangkut Pada Alat Sulit Lelaki

gempak
09/09/2024
12:55 MYT
Khidmat anggota bomba terpaksa digunakan bagi khidmat khas memotong cincin besi yang tersangkut pada alat sulit seorang lelaki yang dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada Ahad.
Hiburan

Aman Graseka Tak Malu Jual Jellyball, Rezeki Tuhan Itu Luas

gempak
16/08/2024
14:55 MYT
Pelakon, Aman Graseka bersyukur dengan kehidupannya sekarang dan tidak pernah berasa malu berniaga di tepi jalan dengan menjual makanan kesukaan kanak-kanak iaitu Jellyball di Sungai Petani Kedah.
Viral

Pengguna Luah Rasa Kecewa Stesen Minyak Jual Makanan Berkulat

gempak
09/08/2024
13:55 MYT
Seorang pengguna meluahkan rasa kecewa apabila makanan yang didakwa dibeli di sebuah stesen minyak didapati sudah berkulat.