,
Laman Utama

Awal Ashaari Fail Tuntutan Balas Bernilai RM750, 000 Terhadap Naz Empire Kes Ubah Suai Rumah

Maliah Surip
23/01/2021
01:49 MYT
Personaliti televisyen Awal Ashaari pula memfailkan tuntutan balas menuntut ganti rugi RM750,000 daripada syarikat perkhidmatan mengubah suai rumah berhubung kegagalan melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian di kediamannya.
Terdahulu, Awal telah disaman RM3 juta oleh sebuah syarikat perkhidmatan mengubah suai rumah atas dakwaan memfitnah.
Awal, atau nama sebenarnya, Ahmad Awaluddin Ashaari, 39, yang memfailkan tuntutan itu terhadap Naz Empire Sdn Bhd menerusi Tetuan Azlan Razak & Associates pada 30 Dis lepas, menuntut semula wang pendahuluan RM100,000 dan kos baik pulih sebanyak RM650,000 serta faedah selain kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Tuntutan itu mendakwa pelakon tersebut telah menyatakan hasrat kepada Naz Empire untuk menarik balik tawaran bagi melakukan kerja-kerja pengubahsuaian rumah di Sunway Damansara tetapi menerima tawaran bagi kerja-kerja pengubahsuaian di kediamannya yang lain di Sri Hartamas di sini.
"Naz Empire bersetuju untuk menaja kos kerja-kerja perkayuan bagi bilik tidur utama rumah Sri Hartamas dan turut menawarkan untuk menaja sebahagian daripada kos kerja-kerja pengubahsuaian dapur di rumah terbabit dan sebagai balasan, Naz Empire mencadangkan kepada saya untuk mengiklankan serta mempromosikan syarikatnya di media sosial setelah kesemua kerja tersebut disempurnakan," menurutnya dalam tuntutan itu.
Awal berkata pada 25 Julai 2019, kedua-dua pihak telah memeterai kontrak yang menyaksikan pelakon itu melantik Naz Empire sebagai kontraktor bagi kerja-kerja pengubahsuaian dapur kering, ruang keluarga, ruang tamu, dapur basah, ruang solek, serambi dan dapur tambahan serta kerja-kerja pengubahsuaian yang ditaja membabitkan empat bilik tidur rumah di Sri Hartamas yang perlu diselesaikan pada 8 Feb 2020.
Pada 21 Okt 2019, Awal mendapati kerja-kerja pengubahsuaian dapur adalah tidak seperti yang dipersetujui dan Naz Empire juga gagal hadir pada temu janji ditetapkan bagi membincangkan mengenai perkara itu hingga beliau menghantar satu mesej kepada syarikat terbabit supaya menghentikan kerja-kerja tersebut selepas tidak memberi kerjasama dalam menangani masalah berkenaan.
"Saya akhirnya memberi Naz Empire dua pilihan sama ada menyiapkan kerja-kerja itu tanpa menerima pembayaran tambahan atau syarikat itu menghentikan kerja-kerja tersebut dan memulangkan wang pendahuluan RM80,000 daripada RM100,000 yang telah diberikan kepada Naz Empire.
"Naz Empire kemudian bersetuju untuk menghentikan kerja-kerja tersebut dan terus menyiapkan kerja-kerja yang ditaja. Namun Naz Empire masih gagal memberikan lakaran reka bentuk berserta ukuran dan pelan lantai selepas diminta sebaliknya hanya menunjukkan lakaran itu melalui paparan skrin komputer milik syarikat berkenaan," katanya.
Dakwa Awal, beliau sekali lagi meminta syarikat itu memulangkan RM80,000 daripada pendahuluan yang telah dibayar sebagai kos ganti rugi untuk melantik kontraktor baharu bagi menyempurnakan kerja-kerja itu namun Naz Empire sering mengelak menjawab panggilan atau membalas pesanannya dan pembantu menerusi aplikasi WhatsApp.
Sementara itu, peguam Azlan Abdul Razak yang mewakili Awal ketika dihubungi berkata mahkamah menetapkan 27 Jan untuk pengurusan kes.
Pada 13 Nov tahun lepas, Naz Empire telah memfailkan saman terhadap Awal dan dua lagi individu yang merupakan rakan kongsi perniagaan atas nama SomethingBorrowed By Nawal Enterprise iaitu Nawal Yasmin Mat Noh serta Muhammad Hilmi Zulkifli kerana didakwa memfitnah syarikat itu berhubung kerja-kerja pengubahsuaian di kediaman selebriti tersebut.
Sumber: BERNAMA Instagram: @awalashaari
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Caprice Bimbang Dengan Orang Yang Tetap Sokong ‘Abang Bas’? - “Bebas Tak Semestinya Tidak Buat Salah…”

gempak
18/09/2024
00:55 MYT
Penyanyi rap Caprice memberitahu individu yang dibebaskan selepas membayar jaminan bukanlah bermaksud tidak membuat kesalahan.
Hiburan

Berang ‘Orang Luar’ Masuk Campur Isu Rumah Tangga, Abang Tesla Bakal Saman 3 Individu

gempak
05/09/2024
05:55 MYT
Isu rumah tangga pempengaruh sensasi iaitu Abang Tesla dan kedua-dua isterinya masih menjadi bualan hangat netizen di media sosial.
Hiburan

Isu Kes Saman, Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Mohon Maaf Secara Terbuka Terhadap Puteri Sarah Depan Hakim

gempak
30/08/2024
02:57 MYT
Pelakon Puteri Sarah bersetuju menyelesaikan kes saman fitnah terhadap bekas kakak ipar kepada Ira Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan secara baik di Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Hiburan

Marissa Minta Netizen Jaga Hal Sendiri - "Bersyukurlah Aib Kita Allah Masih Jaga"

gempak
29/08/2024
23:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Marissa Dania meminta netizen untuk berhenti membuat sebarang spekulasi mengenainya sehingga boleh mengundang fitnah.
Berita

Pemandu Lamborghini Saman Majlis Bandaraya Selepas Kereta Kena Saman

gempak
29/08/2024
05:55 MYT
Aquilino telah disaman sebanyak $800 (RM3,475)  kerana didakwa telah melakukan pencemaran bunyi.