VIRAL
"Awak Tak Faham Bila Mak Saya Cakap Tak Nak Post, Tapi You Masih Post Juga" - Anak Tampil Bersuara, Pertahan Bonda Rozita!
Anak perempuan kepada usahawan popular Bonda Rozita Ibrahim iaitu Maryam Nur Amani tampil bersuara ekoran isu panas membabitkan ibunya dan seorang selebriti di media sosial.
BERITA TRENDING: Didakwa Gila 'Glamour', Rebecca Nur Al-Islam Bidas Isteri Aliff Syukri - “Adakah Makcik Ini Bodoh Atau Bercakap Tak Menggunakan Akal?”
Tegas Maryam, tidak menjadi satu kesalahan untuk berkongsi foto kenangan keluarga.Namun, hal utama yang menjadi pokok permasalahan apabila ada individu tidak bersetuju untuk dimuatnaik di media sosial dan lebih parah apabila ada pihak 'melanggar' hak berkenaan.
"Tak ada salahnya pun nak kongsi gambar dan kenangan keluarga, tapi yang salah bila orang yang TERLIBAT tak mahu ia didedahkan.
"Dia sendiri dah beritahu awak yang dia tak selesa bila awak muat naik gambar dan video. Tapi awak tetap juga teruskan.
"Saya rasa Datin tak bodoh, yang bodoh tu awak. Awak tak faham bila mak saya cakap dia tak nak sesiapa pun muat naik video dan gambar, tapi awak tetap post juga," tulisnya di ruangan Instagram Stories.
.jpg)
Sindir Maryam lagi menerusi tangkap layar video yang dimuatnaik selebriti itu di media sosial mendakwa ibunya 'bodoh, gila glamor dan gila content', ia merupakan cerminan sebenar diri selebriti berkenaan.
"Yang cakap tu lah sebenarnya gila nak follower dan populariti 😂
"“Salah orang kau nak kacau”. Cakap kat diri sendiri. Menjijikkan," tambahnya.
Must-Watch Video