,
Berita

Atlet MMA Imamkan Solat, Buat Netizen Tersentuh!

Asraf Aided
09/09/2019
23:06 MYT
Tidak hanya tangkas di gelanggang, bahkan atlet seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov juga dikenali sebagai seorang yang menjaga aspek keagamaan, lapor AWANI.
Dalam entri seorang pengembara Islam, Dr Waleed Hakim di akaun Facebook peribadi, beliau memuat naik foto Khabib menjadi imam solat.
Foto ahli sukan ternama dunia yang berasal dari Rusia itu menjadi imam solat turut diiringi kapsyen yang menyentuh hati netizen.
Kata Dr Waleed, kejayaan yang dicapai bukan dengan haya mencatat rekod 28-0 dalam gelanggang, namun, apa yang paling utama ialah berdiri di hadapan Sang Pencipta dan mengabdikan diri.
Kapsyen itu merujuk pada Khabib sebagai imam yang menyerahkan diri secara total ketika menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim.
“Tidak kira bagaimana kuatnya seseorang itu, sebijak atau semasyhur mana orang melihat anda, apa rekod yang anda pecah, kita semua pada akhirnya akan menjadi seorang yang lemah, dilupakan.
"Namun, apa yang paling utama ialah apa yang akan ditulis oleh malaikat untuk anda. Saya mendoakan kita semua akan mendapat catatan yang baik di tangan kanan pada hari akhirat kelak dan meraih trofi... insya-Allah," tulisnya.
Khabib, 30, berjaya mengekalkan kejuaraan dunia lightweight UFC di Abu Dhabi pada Ahad selepas mengalahkan Dustin Poirier selaku juara interim lightweight menerusi 'submission' (kuncian) pada minit 2:06 pusingan ketiga.
Keputusan pertarungan yang menentukan siapa juara sebenar lightweight ini sekali gus melebarkan rekod profesional Khabib kepada 28 kemenangan tanpa kalah.
Kehebatan dan ketangkasan Khabib menjadi tumpuan peminat sukan berkenaan di seluruh dunia.
Berbicara mengenai MMA, jangan lupa untuk menyaksikan filem terbaru arahan Kabir Bhatia iatu Sangkar yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara, Brunei dan Singapura.
Filem ini menonjolkan keistimewaan dengan mengetengahkan sukan seni bela diri campuran (MMA) buat pertama kalinya dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia.
Bukan itu sahaja, Sangkar juga turut memaparkan elemen persahabatan, kekeluargaan, agama dan banyak lagi
Sangkar dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Sumber : Astro AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hun Haqeem Simpan Impian Untuk Anjur Pertandingan MMA Antara Selebriti - “Ini Adalah Langkah Pertama Saya Dalam Meneroka Bidang…”

gempak
16/09/2024
11:55 MYT
Pelakon Hun Haqeem berkata dia dan aktor Andy Teh menyimpan impian untuk menganjurkan pertandingan seni bela diri campuran (MMA) membabitkan selebriti tempatan.
Laman Utama

Dipukul Di Sekolah, Raffi Ahmad Sediakan Juara MMA Ajar Anak Bela Diri

gempak
11/09/2023
14:50 MYT
Raffi ada cara tersendiri
Laman Utama

Bertunang Dengan Wanita Kazakhstan Oktober Lalu, Fadlan Hazim Perlu Lalui Ujian ‘Kejantanan’ - “Kena Jalan Atas Papan Ada Paku & Minum Susu Kuda”

gempak
29/04/2023
10:00 MYT
Tahniah!
Laman Utama

Atlet MMA Victoria Lee Meninggal Dunia Di Usia 18 Tahun, Kakak Sebak - "Saya Sayangkan Awak"

gempak
08/01/2023
20:33 MYT
Takziah buat keluarga...
Laman Utama

Jijik! Peninju MMA Ditahan Polis Gara-Gara Menggigit Kerandut…

gempak
26/11/2021
12:45 MYT
Alamak dah kenapa