,
Laman Utama

"Asyik Tolak Jodoh Nanti Jadi Andartu Pula" - Elisya Sandha Yakin Tak 'Off Market' Kalau Kahwin Muda

Amri Hassan
24/06/2021
03:50 MYT
Pelakon Elisya Sandha menegaskan tidak menjadi isu off market apabila dia memilih untuk berkahwin pada usia muda.
Elisya, 22, menyifatkan jodoh dan rezeki itu menjadi rahsia Allah dan selagi tidak putus usaha tiada apa yang perlu dikhuatirkan.
"Bagi saya kalau jodoh nak sampai, kenapa kita nak tunggu. Sebab kalau asyik tolak jodoh jadi andartu pula.
"Eventually, orang akan tetap cari pasangan hidup dan pasangan saya sampai awal. Jadi saya tak rasa off market pun," katanya kepada Gempak.
Elisya yang sudah mengikat tali pertunangan dengan anak kepada sutradara terkenal Sheila Rusly, Uzair Haqimy pada Januari lalu difahamkan akan menamatkan zaman bujang mereka pada awal tahun 2022.
Dalam perkembangan sama, baik Elisya mahupun Haqimy, kedua-duanya kini sedang gigih menjalankan bisnes makanan lemang, rendang dan laksa.
"Kami cuba cari cara untuk dapatkan pendapatan, jual lemang dan laksa untuk kumpul duit kahwin. Jadi itulah motif kenapa kami berniaga sepanjang MCO.
"Kami saling bantu sama lain dan alhamdulillah ini mungkin rezeki nak kahwin. Hari-hari order banyak dan kami sangat bersyukur," ujarnya.
Dalam pada itu, Elisya bakal muncul dalam drama bersiri Ratu Ten Pin yang akan mula bersiaran pada 28 Jun nanti.
"Saya memegang watak Norma, watak seorang budak kampung yang minat main boling, biasanya dia bermain buah kelapa baling botol.
"Apabila ke Kuala Lumpur dia teruja apabila dapat bermain boling sebenar.
"Saya perlu berlakon seperti pemain kebangsaaan. Tapi realitinya saya baru belajar main boling, kelainan kali ini lebih pada penampilan apabila saya perlu berambut pendek," katanya.
Selain Elisya, drama Ratu Ten Pin turut menampilkan Fify Azmi, bekas pemain boling kebangsaan Syaidatul Afifah, Nazim Othman, Wani Kayrie, Lisdawati, Datuk Seri Eizlan Yusof, Aleeza Kasim, Dazrin Kamarudin, Akhmal Nazri, Haziq Hero Remaja dan ramai lagi.
Ratu Ten Pin akan bersiaran selama 16 episod setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 11 malam bermula 28 Jun ini di saluran Astro Ria dan Ria HD.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan Perkahwinan Didakwa Tidak Sah, Angeline Tan Syukur Suami Beri Keyakinan - “Kami Menerima Banyak Panggilan & Mesej, Malah…”

gempak
12/09/2024
23:45 MYT
Dalam agama Islam, akad nikah adalah perkara yang wajib dilakukan untuk menjadi pasangan suami isteri. Namun, pernikahan antara Angeline Tan dan Sabri Yunus pernah menjadi isu suatu ketika dahulu.
Hiburan

Raline Shah Minta Ibu & Bapa Carikan Jodoh : “Saya Tinggal Pilih”

gempak
11/09/2024
14:50 MYT
Aktres Indonesia, Raline Shah terkenal bukan hanya kerana bakat lakonan tetapi kejelitaannya.
Hiburan

Tiada Lagi Cinta, Rossa Lebih Selesa Berkawan Dengan Bekas Suami - “Kami Seperti Abang Dan Adik”

gempak
10/09/2024
02:06 MYT
Penyanyi dari seberang, Datuk Seri Rossa, mendedahkan anak tunggalnya, Rizky Langit Ramadan, tidak bersetuju sekiranya dia dan bekas suami, Yoyo, merujuk semula sebagai suami isteri.