,
Laman Utama

Astro Raih 16 Anugerah Di Asian Academy Creative Awards 2023!

Amri Hassan
29/09/2023
14:27 MYT
Astro berbangga meraih pengiktirafan di peringkat global sekali lagi dengan membawa pulang 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards (AAA’s) tahun ini, yang diadakan di Singapura pada 28 September 2023.
Antara anugerah terkenal yang dimenangi termasuk One Cent Thief untuk Best Drama Series, Polis Evo 3 untuk Best Feature Film, Mechamato Movie untuk Best Animated Programme atau Series (2D atau 3D) dan Debunk untuk Best Comedy Programme.
Liar, siri Astro yang diadaptasi daripada pencalonan BAFTA, dengan nama yang sama, membawa pulang anugerah untuk kategori Best Adaptation of an Existing Format.
Agnes Rozario, Pengarah Kandungan Astro berkata; “Kami berbesar hati dan merendah diri kerana diberi pengiktirafan daripada rakan seperjuangan.
"Astro sinonim dengan mencipta kandungan tempatan yang premium dan membawa cerita-cerita sebenar kepada rakyat Malaysia.
"Dari kandungan terkenal hingga ke Astro Originals, kami melihat penglibatan penonton terus berkembang merentasi kesemua skrin dan program-program kami mencetuskan perbualan di media sosial.
"Kami beraspirasi untuk menjadi Destinasi Hiburan No. 1 kepada semua rakyat Malaysia dengan perkhidmatan penstriman dan kandungan yang pelbagai.
"Kami berinovasi untuk meneruskan tonggak utama daripada kandungan asli termasuk siri dan filem, program pertandingan dan program pelbagai, hingga ke kandungan kanak-kanak, liga-liga sukan dan pastinya, berita."
Astro telah memperoleh 16 anugerah kebangsaan merentasi 36 kategori dalam acara sulung tahun ini. Penghargaan ini telah memberikan Astro penghormatan untuk mewakili Malaysia dalam kategori-kategori ini, bersaing dengan 16 negara lain di rantau Asia Pasifik.
Pentas anugerah telah tersedia untuk Grand Awards dan Gala Final di mana Astro akan bersaing untuk merebut trofi emas AAA yang berprestij di Dewan Chijmes yang bersejarah di Singapura, pada 6 Disember 2023.
Asian Academy Creative Awards (AAA’s) telah ditubuhkan untuk memberi pengiktirafan kepada industri kreatif sebagai kemuncak pencapaian mereka dalam penciptaan kandungan dan pengeluaran media.
Terbuka kepada seluruh rantau Asia Pasifik, AAA menghargai kecemerlangan merentasi pelbagai platform termasuk televisyen, filem, digital, alat mudah alih, penstriman dan mana-mana teknologi baharu.
Astro menerima pengiktirafan dalam kategori berikut: 1. Best Drama Series - One Cent Thief 2. Best Screenplay - Alfie Palermo, One Cent Thief 3. Best Adaptation of an Existing Format – Liar 4. Best Actress in Leading Role - Tiz Zaqyah, Liar 5. Best Non Scripted Entertainment - Sandbox 6. Best Feature Film - Polis Evo 3 7. Best Animated Programme or Series (2D OR 3D) - Mechamato Movie 8. Best Children's Programme (One off/Series) - Legenda Puteri Qaseh 9. Best Comedy Programme - Debunk 10. Best Infotainment Programme - Are You Okay? 11. Best Lifestyle Programme - Travel with Mommy 12. Best Music or Dance Programme – Astro Classic Golden Melody Singing Competition 2022 13. Best Promo or Trailer - Malaysia Memilih (PRU 15) 14. Best Short Form Content - Borak Dulu Baru Kamu 15. Best Cinematography - Danny Lala, The Patient 16. Best Direction (Non-Fiction) - Abid Hussain (Creative Stew), Star vs Food Malaysia Season 2
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

gempak
15/09/2024
06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.
Filem

Wajib Tonton! JoZan Buat Comeback Menerusi Baik Punya Ah Long

gempak
11/09/2024
13:35 MYT
Dua tahun lalu raja duo komedi Malaysia, JOZAN iaitu gandingan Zizan Razak dan Johan telah menggegarkan pawagam seluruh tanah air menerusi filem pecah panggung, dan kini mereka kembali menggeletek penonton menerusi filem komedi terbaru, Baik Punya Ah-Long.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.