,
Viral

Antara Dukun Atau Munafik 2, Mampukah Maya Karin 'Sailang' Umie Aida Untuk FFM30?

Amri Hassan
04/09/2018
06:44 MYT
Ramalan awal menjangkakan Datin Seri Umie Aida bakal memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik untuk Festival Filem Malaysia (FFM30) tahun ini menerusi filem Dukun.
Watak berkesan sebagai Diana Dahlan mendapat pujian bukan hanya netizen bahkan pengkritik filem tempatan.
Bagaimanapun, kemunculan Maya Karin menerusi karakter Sakinah dalam filem Munafik 2 baru-baru ini dijangka memberikan saingan sengit buat Umie Aida.
"Apasal Dukun keluar tahun ini juga, tak boleh tunggu ke tahun depan? Nevermind, sebab Kak Umie, saya maafkan," jawabnya berseloroh.
Mengulas lanjut mengenai persaingan antara kedua-dua naskhah seram Munafik 2 dan Dukun, jelas Maya keputusan itu terletak di tangan juri FFM30 kelak.
“Lebih baik kita serahkan penilaian ini kepada barisan juri FFM nanti.
“Sebagai seorang pelakon, saya laksanakan tanggungjawab yang telah diberikan sebaik mungkin," katanya.
Mengimbas kembali, Umie Aida pernah sekali memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik pada FFM16 (2003) menerusi filem Embun.
Sementara Maya pernah dua kali memenangi trofi tersebut untuk filem Anak Halal (2008) dan Ombak Rindu (2012).
Dukun merupakan naskhah arahan Dain Said yang disimpan sejak 2006 hingga akhirnya ditayangkan pada April lalu.
Manakala, Munafik 2 yang baru menjalani penggambaran pada tahun lalu telah memulakan tayangan pada minggu lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Buat Pemujaan Dalam Kondo, Ada Yang Aktif Dalam Talian… Ini Kisah Bomoh Tempatan Yang Pernah Menggemparkan Seluruh Negara

gempak
19/09/2024
16:55 MYT
Perbomohan merupakan salah satu ikhtiar manusia untuk mencari kesembuhan dan menyelesaikan masalah.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.