,
Terkini

Anggota Trafik Alami Simptom Hilang Memori Selepas Kemalangan

Awani
06/09/2024
04:55 MYT
Anggota parah selepas bertembung dengan motosikal lain di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), di sini ketika penugasan Ops Samseng Jalanan pada 28 Julai lalu kini bergelut dengan simptom kehilangan memori.

BERITA BERKAITAN : “Saya Tak Dapat Bayangkan Macam Mana Kalau Anak Sendiri Yang…” | Keluang Man Of The Month

BERITA BERKAITAN : "Allah Uji Sedikit Supaya Kita Bersyukur..." - Aisyah Hijanah

BERITA BERKAITAN : Adib Reveal Kekasih Hati, Amin & Abid Kembar Paling Bijak Abad Ini! | Motif Trending

BERITA BERKAITAN : TERGAMAKNYA!!! Nadeera - Bukan Lagi Kita (Versi Akustik) | Gempak Jam Session

Baru Beberapa Bulan Putus Tunang, Aya Amiruddin Dah Jumpa Pengganti? Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintenden Muhammad Zaki Ramat berkata, sehingga kini anggota berkenaan belum dapat memulakan tugas.

"Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sebelum dipindahkan ke wad biasa. "Dia kemudiannya dibenarkan keluar dari wad pada 16 Ogos lalu, namun masih belum sembuh sepenuhnya dan tidak dapat memulakan tugasnya," katanya pada Jumaat

Beliau berkata, keadaan anggota yang mempunyai empat anak berusia empat hingga sebelas tahun itu semakin baik tetapi tidak banyak bercakap kerana sukar untuk mengingat sesuatu perkara.

"Bagaimanapun, kami di pihak JSPT Kontinjen Negeri Sembilan dan di peringkat Ibu Pejabat Daerah (IPD) serta rakan-rakan sering melawatnya untuk memberikan sokongan dan sebarang bantuan. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuknya," katanya.

Sementara itu, mengenai kemalangan berkenaan yang membabitkan suspek remaja, beliau berkata,kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. "Siasatan masih berjalan dan dia akan dituduh di mahkamah jika siasatan sudah selesai. Difahamkan, ibu bapa remaja juga bakal dikenakan tindakan undang-undang," ujarnya.
Media ini pada 28 Julai lalu melaporkan anggota polis trafik dan seorang remaja parah apabila kedua-dua motosikal dikatakan bertembung di Kilometer (KM) 36 (S), Lebuhraya Lekas.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Seremban itu sedang bertugas dalam Ops Samseng Jalanan apabila dikatakan dirempuh remaja berkenaan yang melawan arus.
SUMBER:Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Viral

Pengarah JSJ Bukit Aman, Shuhaily Jijik Dengan Penemuan Kes GISBH

gempak
18/09/2024
06:20 MYT
“Kes ini, saya jijik dengan penemuan (siasatan)."
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
Berita

Pereka Dalaman Dibunuh, 20 tikaman Ditemui Di Tubuh - Polis

gempak
17/09/2024
01:56 MYT
Seorang pereka dalaman separuh masa ditemukan mati dengan 20 kesan tikaman pada tubuhnya di sebuah apartmen di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi Isnin.
Berita

Hilang Lebih Setahun, Lelaki Ini Cuba Bertahan Dengan Minum Darah Penyu & Air Kencing Sendiri

gempak
16/09/2024
14:55 MYT
Selepas 438 hari terdampar di lautan, seorang lelaki yang dikenali sebagai Jose Salvador Alvarenga akhirnya terselamat manakala rakannya tidak.