HIBURAN
Andi Bernadee Tak Kisah Guna Baju Raya Recycle - “Kita Lelaki, Pakai Apa Pun Kadang Orang Tak Perasan”
Penyanyi, Andi Bernadee tidak mempunyai masalah sekiranya dia memilih untuk memakai baju raya tahun-tahun sebelumnya.
Tak kisah ulang baju raya
Menurut Andi, tiada salahnya untuk diulang pakai selagi baju itu berada dalam keadaan baik dan sempurna.
“Saya tak ada beli baju-baju baru, pakai yang recyle pun saya okay sahaja asalkan masih dalam keadaan baik.
“Kita orang lelaki, pakai lah apa-apa sekali pun orang tak perasan tetapi lain pula kesnya kalau perempuan, orang akan perasan,” kongsinya kepada Gempak.
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Ambil Langkah Berjaga-Jaga”- Andi Bernadee Mahu ‘Sorok’ Kehidupan Peribadi, Kini Lebih Matang Buat Keputusan
ARTIKEL BERKAITAN:Filem Raya U Mobile Buat Ramai Sebak Hingga Meleleh Air Mata, Angkat Kisah Pengorbanan Ayah Demi Anak OKU
ARTIKEL BERKAITAN:Aazief Khalid Tampil Beri Pendapat Tentang Isu Ciplak Sampin - “Mungkin Betul Elrah Telah Copy Design Bulat-Bulat Tapi..."
ARTIKEL BERKAITAN:Den Manjo Teruja Menyanyi Lagu Raya Mana Versi Kelantan Bersama Nabila Razali - “Kolaborasi Ini Istimewa Untuk Saya…”
ARTIKEL BERKAITAN:Muncul Dengan Lagu Raya Mana Versi Kelantan Bersama Den Manjo, Nabila Harap Orang Pantai Timur Tak Marah - “Saya Belum Fasih Loghat Kelate Takut Salah Sebut”
Andi berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama anak yatim dengan kerjasama Universal Music yang diadakan di Hotel Le Meridien, Petaling Jaya baru-baru ini.
Muncul dengan lagu raya solo
Mengulas mengenai Aidilfitri, Andi berkata tahun ini dia muncul dengan lagu raya secara solo berjudul 'Inikan Hari Raya'.
“Kali ini saya memilih untuk pergi ke arah tradisional terlebih dahulu sebab sebelum ini saya banyak buat lagu genre pop.
“Tahun ini saya mahukan lagu yang lebih santai dan saya ingin semua pendengar nikmati serta menghayati lagu ini.
“Selain suasana ceria Aidilfitri, lagu ini juga mengandungi unsur-unsur nasihat,” ujarnya.
Lirik ‘Inikan Hari Raya’ ditulis sendiri oleh Andi dan merupakan lagu ciptaan Hanis Rafi, Firdaus Rahmat dan Omar K.
Lagu ‘Inikan Hari Raya’ menggambarkan suasana satu keluarga yang pulang ke kampung halaman serta pelbagai peristiwa yang terjadi dalam persiapan menyambut Aidilfitri.
Must-Watch Video