gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Aaron Kwok Beri Isteri Bonus RM55 Juta & Kad Kredit Tanpa Limit, Hamil Anak Lelaki
VIRAL
Salman Farish Mohon Maaf - "Niat Saya Bukan Untuk Memalukan, Tapi Timbulkan Kesedaran"
HIBURAN
Hanya Wajah ‘Bersih’, Adam Levine Berhenti Cacah Tatu
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Anak Saya Beradab & Hormat Orang” – Watie Hanifiah Respon Isu Talita Didakwa Guna Bahasa Kurang Sopan

Umirah Halim
Umirah Halim
15/07/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
“Anak Saya Beradab & Hormat Orang” – Watie Hanifiah Respon Isu Talita Didakwa Guna Bahasa Kurang Sopan
Suami kepada pelawak dan usahawan terkenal Shuib, Watie Hanifiah tampil memberi respon terhadap dakwaan yang mengatakan anak tirinya, Talita, bersikap kurang sopan dalam sebuah video yang tular di media sosial baru-baru ini.
Video yang dimuat naik di Instagram itu memperlihatkan Watie menegur Talita agar memperlahankan suara radio, namun dibalas dengan kenyataan bahawa radio tersebut sudah cukup perlahan bunyinya.
Respon spontan Talita itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang mendakwa gaya jawabannya agak kasar dan tidak beradab.
Menyedari isu itu menjadi perbualan hangat, Watie tampil memberi penjelasan di ruangan komen sebuah akaun hiburan.
“Alamak, lain point yang kita nak tunjuk, lain point yang orang debatkan.
Jangan menilai dengan suasana yang menyebabkan perkara itu terjadi.
Alhamdulillah, anak-anak saya semua jenis yang beradab dan menghormati,” jelasnya.
Shuib turut memberi pandangan bahawa keadaan ketika itu sebenarnya agak bising dan mungkin menyebabkan Talita terpaksa bercakap dalam nada yang tinggi.
“Biasa tak bercakap kalau tempat bising, kan kena bercakap dengan kuat,” kata Shuib ringkas.
Terdahulu, video itu sekadar memaparkan situasi Talita sedang membuat latihan untuk menyanyi, namun salah faham dalam nada pertuturan Talita telah menimbulkan reaksi kurang senang dalam kalangan sesetengah pengguna media sosial.
Topic Berkaitan
#Anak
#Shuib
#Sopan
#Kurang
#Watie
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement