Laman Utama
Ali Puteh & Keluarga Tak Pernah Halang Proses Faraid
Pelawak Ali Puteh menerima baik keputusan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam yang menetapkan pembahagian harta peninggalan Allahyarham abangnya, Abam Bocey mengikut hukum syarak.
Menurut Ali, 32, ibunya iaitu Sabariah Arshad gagal menghadiri prosiding hari ini disebabkan keadaannya yang berkerusi roda.
"Alhamdulillah... saya pun baru baca laporan media berhubung perkara itu.
"Saya tak hadir sebab bawa isteri pergi pemeriksaan doktor. Dia kan nak bersalin dan lagipun prosiding itu tiada kaitan dengan saya.
"Ibu saya pulak kan pakai kerusi roda..Macam mana nak datang.
"Bagi saya, itu yang paling terbaik bila dah jadi begini. Baguslah, benda itu (harta peninggalan Abam) memang perlu difaraidkan," katanya kepada Gempak.
Sementara itu, pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menegaskan sekali lagi dia dan keluarga tidak pernah menghalang proses faraid.
"Memang saya tahu, orang cakap saya macam itu yang saya dan keluarga saya cuba menghalang proses tersebut. Orang anggap saya yang salah.
"Sedangkan masa sidang media yang saya pernah adakan beberapa kali sebelum ini pun dah cakap memang kena faraid ikut hukum Islam. Sebab itu yang sepatutnya," katanya lagi.
Terdahulu, balu kepada Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali berpuas hati dengan keputusan faraid yang difailkan pada 15 Julai lalu.
Must-Watch Video