,
Laman Utama

Al-Fatihah… Guru Sekolah Al-Quran Di Malaysia Syahid Di Gaza

Mya Amri
10/10/2023
05:55 MYT
Pengurus Aman Palestin Cawangan Temerloh, Ahmad Nu’man Mazlan memaklumkan seorang wartawan iaitu Muhammed Al-Salhi telah meninggal dunia.
Berita itu dimaklumkan Nu’man menerusi hantaran di aplikasi X miliknya.
Menurut Nu’man, wartawan itu syahid dalam perang semasa membuat liputan mengenai Palestin melibatkan konflik negara itu dengan Israel.
Bukan hanya sekadar wartawan, Allahyarham juga merupakan guru di Sekolah al-Quran Malaysia yang dikenali sebagai Maahad Tahfiz Malaysia di Gaza.
“As-Syahid Muhammed Al-Salhi, seorang wartawan yang telah syahid dalam perang terkini bukan sekadar wartawan yang mengambil liputan perihal Palestin.
“Tetapi beliau juga merupakan guru di Malaysia Quran School Gaza, sekolah yang dibina oleh para penyumbang Aman Palestin,” maklumnya.
Dalam pada itu, netizen juga mengucapkan takziah dan mendoakan keselamatan mangsa yang lain.
“Innalillahi wainna ilaihi rajiun. by the way baru tahu ada proper sekolah malaysia di Gaza, ya rasa bangga sangat dengan negara sendiri,” @jonsnow
“Kematian yang dicemburui. Alhamdulillah, gapai syahid dan syurga buat mu wahai pejuang…” @faiz88_sf
Terdahulu, sekolah tersebut dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia dan dibuka secara rasminya pada 2017 dengan kos bernilai RM4.3 juta.
Ia terletak berhampiran kawasan kem pelarian Nusierat di tengah Gaza dengan bangunan tiga tingkat berkeluasan lantai 4,500 meter persegi dan disempurnakan Wakil Kementerian Pendidikan Palestin, Dr Mohd Seyam Abu Hammam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Viral

Menyamar Jadi Rakyat Palestin Untuk Minta Derma, Netizen Bengang Dengan Sikap Warga Asing - "Senang-Senang Je!"

gempak
10/09/2024
09:55 MYT
Di saat rakyat Palestin teruk dibedil oleh rejim Zionis di negara sendiri, ada pula sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.
Berita

Penulis Blog Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia

gempak
10/09/2024
00:32 MYT
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Hiburan

Pengarah Filem AS, Sarah Friedland Nyatakan Sokongan Kepada Palestin Secara Terbuka Di Festival Filem Venice

gempak
09/09/2024
03:55 MYT
Friedland menyuarakan sokongannya semasa memberi ucapan selepas menerima Anugerah Luigi de Laurentiis untuk filemnya Familiar Touch di Festival Filem Venice.