gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Duda Mengaku Salah Onani Tempat Umum, Dipenjara 6 Bulan
HIBURAN
“13 Bekas Kekasih, Tapi Baru Kali Ini...” – Qistina Raisah Sebak Pertama Kali Terima Kejutan Bunga!
HIBURAN
Terima Aduan Gangguan Serangga, Aliff Syukri Pertahan Resort Bonda Rozita - "Realitinya Itu Konsep Rumah Hutan Bukan Hotel Bandar"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Al Ghazali Mahu 300 Tetamu Di Majlis Kahwin, Ahmad Dhani Bantah, Cadang 2 Hari & Ditayang Televisyen

Maliah Surip
Maliah Surip
03/01/2025
04:00 MYT
Sponsor Banner
Al Ghazali Mahu 300 Tetamu Di Majlis Kahwin, Ahmad Dhani Bantah, Cadang 2 Hari & Ditayang Televisyen
Anak sulung pesohor Indonesia, Ahmad Dhani, Al Ghazali akan mengakhiri zaman bujang dengan tunangnya, Alyssa Daguise pada tahun ini.

BERITA TRENDING: Peminat ‘Undur Diri’ Selepas Jojo Ghazali ‘Tayang’ Kekasih? - “Nak Kena Move On Ke Ni?”

Pasangan sama cantik sama padan itu didakwa akan berkahwin pada sekitar Jun 2025 ini.
Bercakap tentang perkahwinan Al, Dhani memberitahu keluarga sedang giat membuat persiapan terutama mencari pengarah perkahwinan untuk menguruskan majlis gemilang itu.
Katanya Al bercadang menjemput sekitar 300 tetamu sahaja namun dia membantah.
“Awalnya dia (Al) cuma mahu undang 300 orang. Saya kata, ‘mana mungkin 300 orang? Anggota DPR saja ada 500, belum menteri-menteri, belum artis, dan yang main band,’” kata Dhani seperti dilaporkan Kompas.

BERITA TRENDING: Ahmad Dhani Bakal Dapat Menantu, Al Ghazali Kahwin Tahun Depan

Dhani kemudian mengusulkan agar majlis dilakukan selama dua hari.
“Sehari itu 300 tetamu dan sehari lagi untuk menerima lebih banyak tetamu,” katanya lagi.
Suami Mulan Jameela itu juga memberitahu majlis perkahwinan Al dan Alyssa akan ditayangkan di televisyen RCTI.

BERITA TRENDING: 'Matikan' Gosip Kahwin, Al Ghazali Solat Istikharah Sebelum Putuskan Hubungan Cinta Dengan Alyssa

Topic Berkaitan
#Kahwin
#Indonesia
#Ahmad Dhani
#Televisyen
#Al Ghazali
#Majlis
#Tetamu
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement