,
Hiburan

Akui Sukar Lakonkan Watak Autistik, Hisyam Hamid Ambil Inisiatif Pelajari Sikap Individu Autisme

Muhammad Firdaus
27/05/2024
11:55 MYT
Memainkan watak autistik dalam drama terbaharu terbitan Astro berjudul Bunga Salju, pelakon Hisyam Hamid tidak menafikan bahawa sukar untuk mengadaptasikan ‘keadaan’ itu ke dalam satu naskhah.

“Sangat susah untuk Hisyam bawa watak ini...

Hisyam, 39, ketika ditemui berkongsi dirinya mengambil inisiatif mempelajari sikap individu dengan keadaan autisme semata-mata untuk menjiwai watak.
“Benda pertama yang Hisyam lakukan adalah pergi ke tempat ataupun pusat autisme sendiri untuk melihat dan mempelajari tentang bagaimana mereka berinteraksi, kelakuan mereka dan sebagainya.
“Alhamdulillah pihak Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) bersetuju menemukan Hisyam bersama seorang individu yang mempunyai autisme untuk sesi temu bual.
“Sangat susah untuk Hisyam bawa watak ini dan sebelum ni tak rasa gementar sangat, tapi lepas tengok lakonan sendiri depan orang ramai rasa agak gementar juga lah,” kongsinya.

Ambil Kritikan Sebagai Perkara Positif

Bercerita lebih lanjut sama ada bimbang bakal dibidas oleh penonton sekiranya lakonan yang dibawakan tentang karakter autistik tidak tepat, Hisyam mendedahkan dirinya mengambil setiap kritikan dengan positif.
“Bila ada kritikan kita kena tengok perkara itu dari sudut yang macam mana. Kalau kritik tentang lakonan, saya tengok apa yang orang cakap, mungkin dari segi tak ‘real’ ke, ataupun mungkin macam tak ‘believable’.
“Untungnya Hisyam sebab drama ini masih lagi dalam proses penggambaran, jadi mungkin kritikan itu boleh diterapkan dalam episod-episod yang terakhir,” katanya.
Hisyam ditemui semasa sidang media drama Cinta Untuk Sekali Lagi dan Bunga Salju yang berlangsung di Zebra Square pada Khamis lalu.
Selain Hisyam Hamid, drama Bunga Salju menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Amyra Rosli, Zarina Zainoordin, Zul Huzaimy dan Hariz Hamdan.

BERITA TRENDING: "Kami Tidak Lagi Suami Isteri" - Hisyam Hamid

Drama Bunga Salju ditayangkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104).
Drama Bunga Salju turut distrim melalui On Demand di Astro Box serta aplikasi Astro Go dan Sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel. Alami pengalaman Astro baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-95433838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Luqman Hafidz Bawa Watak ‘Penunggang Agama’, Produksi Drama Sudah Ambil Langkah Berjaga-Jaga - “Kami Tidak Pergi Terlalu Jauh Seperti…”

gempak
17/09/2024
03:56 MYT
Membawa watak sebagai ‘penunggang agama’, pelakon Luqman Hafidz memberitahu pengarah dan penerbit drama Satu Hari Nanti sudah mengambil langkah berjaga-jaga dalam membawa isu agama.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.