Hiburan

"Aku Tahap Berani Tindik Hidung Je .." - Shakilla Khoriri

gempak
Zulaikha Yusof
12/12/2019
07:47 MYT
Sponsor Banner
"Aku Tahap Berani Tindik Hidung Je .." - Shakilla Khoriri
Aktres Shakilla Khoriri mengimbas kembali kenangan semasa dirinya berada di bangku sekolah.
Menurut Shakilla dia pernah menindik di bahagian hidung memandangkan ketika itu ia adalah trend semasa.
"Dulu masa aku sekolah menengah trend tindik sana sini. Aku tahap berani tindik hidung je.
"Tu pun sampai lima kali sebab bodoh apa esok nak sekolah hari ni balik sekolah singgah kedai pi tindik," tulisnya di Instagram (IG).
Isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali menyatakan dia tidak akan mengulangi kesilapan yang sama lagi.
"Tapi takpa lah aku dah merasa jadi bodoh sekali dalam hidup.
"Jadi tindik tempat lain tak buat sebab takut mak abah marah satu, takut dan ngeri satu.
"Jadi tak payah. Ni dapat gambar macam ni pun puas.
"Satu lagi tindik. Habis labuh lah bibir aku lepas ni subang berat," tulisnya lagi.
Sekadar info, Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018. Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024