Berita
"Aku Bukan Melalak Sebab Menang, Ni Melalak Sebab..." - Nabila Huda Luah Rasa Terharu Kemenangan Di FFM30
Aktres berbakat besar, Nabila Huda atau mesra disapa Abil meluahkan rasa terharu apabila suami dan anaknya naik ke pentas Festival Filem Malaysia ke-30 bagi mewakilinya untuk menerima anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Sabtu lalu.
Perkara itu dikongsi Abil menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
Menurut Abil, dia berasa tersentuh kerana dua orang insan kesayangan naik ke pentas untuk meraikan kemenangannya dalam kerjaya yang sangat dicintai.
"Only God knows macam mana tersentuhnya hati saya bila tengok suami dan anak jadi wakil untuk ambil trophy saya pada malam itu.
"Bert is my husband, Keisha is not his real daughter, diorang pergi bersama dan naik ke pentas untuk ambil anugerah penghargaan tentang kerjaya saya.
"Aku bukan melalak sebab menang tau, memang patutnya kena happy, ni melalak sebab tengok diorang ambil trophy dan bagi speech, dia (suaminya) dukung pula Keisha, terharu sangat moment itu," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Abil turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah meluahkan rasa simpati dan memberi sokongan ekoran berita kegugurannya baru-baru ini dan mengatakan dia sudah kuat untuk menghadapinya.
"Terima kasih atas doa korang untuk my previous post, korang jangan emotional lagi, I dah move on tau," tulis Abil.
BACA : "I’ve Been Waiting For This Almost 4 Years.. But Too Bad .." - 4 Tahun Menunggu, Nabila Huda Alami Keguguran
Abil mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2001 dan berjaya mengekalkan popularitinya menerusi lakonan mantap dalam filem serta drama tempatan.
Must-Watch Video