,
Laman Utama

Aktor Lagak Ngeri, Iko Uwais Pukul Kontraktor Hiasan Dalaman

Maliah Surip
13/06/2022
12:20 MYT
Dunia hiburan Indonesia dikejutkan dengan berita aktor Iko Uwais didakwa memukul kontraktor hiasan dalaman yang pernah melakukan kerja dan memperindahkan kediamannya.
Iko yang cukup popular sebagai seorang pelakon aksi lagak termasuk membintangi filem Hollywood seperti Mile 22 dan The Raid didakwa melakukan perbuatan tersebut bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Firmansyah.
Menurut laporan Kompas, Iko Uwais memukul kontraktor hiasan dalam yang dikenali sebagai Rudi pada Sabtu lalu selepas terjadi ‘perang mulut’ di kediamannya.
Rudi mengatakan telah dipanggil Iko Uwais sewaktu melintas di hadapan rumah aktor tersebut.
“Setelah itu berlaku perang mulut. Iko Uwais dan Firmansyah terus memukul Rudi sehingga mengalami kecederaan. Rudi kemudian membuat laporan polis,” lapor media tersebut lagi.
Lantaran dipukul dan cedera, Rudi telah membuat laporan di balai polis Bekasi dan pada hari sama, Iko Uwais juga telah datang ke balai sama atas laporan mencederakan seseorang.
Mengikut kronologi, Rudi telah lama menuntut sebahagian lagi bayaran yang belum dilunaskan Iko selepas menyudahkan kerja hiasan dalaman yang dibuat pada kediaman Iko dan isterinya, penyanyi Audi Item.
Bagaimanapun permintaan tersebut termasuk kiriman WhatsApp tidak pernah dibalas oleh bintang berusia 39 tahun tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.