,
Viral

Akibat Jangkitan Kuman, Tangan & Kaki Pakar Kecantikan Dari Ipoh Ini Terpaksa Dipotong

Gempak
06/06/2024
12:55 MYT
Seorang pakar kecantikan berusia 37 tahun dari Ipoh kehilangan kedua tangan dan kaki akibat dipotong selepas mengalami jangkitan kuman pada anggota badannya itu.
Memetik laporan Shin Min Daily News, wanita dengan nama Lin itu juga telah membelanjakan semua wang simpanannya sekitar SGD300,000 (RM1.04 juta) untuk menampung kos rawatan.
Lin, yang datang ke Singapura untuk bekerja pada 2016, berkongsi yang dia mula berasa tidak sihat pada Oktober 2023, apabila dia mengalami demam, sakit perut dan lemah di seluruh badannya.
Beranggapan yang dirinya mengalami keracunan makanan, Lin kemudian pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Memburuk

Bagaimanapun, selepas keadaan Lin tidak menunjukkan tanda-tanda untuk sihat, dia pergi ke klinik sekali lagi dua hari kemudian.
"Dalam lawatan kedua, doktor mendapati ada sesuatu yang tidak kena dan menasihatkan saya untuk pergi bahagian kecemasan. Selepas itu, saya tidak sedarkan diri," cerita Lin.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaki Lelaki Ini Dipotong Akibat Minum Teh Tarik

ARTIKEL BERKAITAN: Zakar Dipotong Isteri, Suami Minta Ganti Rugi RM167,017

ARTIKEL BERKAITAN: Demi Selamatkan Kucing, Kedua Kaki Kanak-Kanak Ini Digilis Lori Simen & Terpaksa Dipotong

ARTIKEL BERKAITAN: Influencer Lelaki Kerap Pamer Kemewahan Ditemui Mati Dengan Tubuh Dipotong-Potong

ARTIKEL BERKAITAN: Berang Rambut Dipotong, Pelajar Pukul Guru Disiplin Guna Batang Penyapu

Apabila Lin bangun semula, dia dikelilingi peralatan perubatan, dan keluarganya telah tiba di hospital untuk menemaninya.
Kemudian Lin diberitahu yang dia disahkan menghidapi penyakit kritikal, dan doktor telah meminta keluarga untuk bersiap sedia untuk menerima perkhabaran yang buruk.
Doktor juga memberitahu Lin mengalami jangkitan kuman, dan walaupun dia sudah sedarkan diri, dirinya masih dalam keadaan lemah.
"Denyutan jantung saya lemah, dan oksigen dibekalkan ke otak saya tidak mencukupi . Jika keadaan ini berterusan, saya akan mengalami mati otak. Jadi doktor menasihatkan saya untuk menerima suntikan supaya darah dapat mengalir ke jantung dan memastikan otak boleh terus berfungsi," kongsi Lin.
Pihak doktor juga memaklumkan kepadanya bahawa dengan berbuat demikian, Lin mungkin perlu mengorbankan beberapa bahagian tubuhnya.
Pada mulanya, keluarga Lin menyangkakan paling kurang, dia akan kehilangan jari. Malangnya, tidak lama kemudian, mereka mendapati semua anggota badannya mula menjadi hitam.
"Saya melihat dengan tidak berdaya apabila tangan dan kaki saya menjadi hitam," cerita Lin.
Pada masa itu, doktor memberitahunya yang selnya telah mati, jangkitan kuman telah menyebabkan sepsis, dan dia perlu menjalani amputasi untuk menyelamatkan nyawanya.

Potong

"Akhirnya, saya membuat keputusan untuk memotong tangan saya pada November 2023 dan kaki saya pada Disember 2023," kongsi Lin yang tidak mendedahkan penyebab dia jatuh sakit, lokasi dia berada ketika hal itu berlaku, dan jika dia dimasukkan ke hospital di Singapura sehingga terpaksa menjalani amputasi.
Semasa dimasukkan ke hospital, Lin berkata, doktornya menemui lubang pada bahagian usus besar. Jadi mereka memasang beg stoma pada perutnya untuk membantu membuang air besar.
Lin telah keluar dari hospital pada Januari 2024 dan baru-baru ini menerima kaki palsunya.
Menurut Lin, kaki palsunya berharga SGD15,000 (RM52,200) dan dia kini membayar kos itu secara ansuran.
Dia masih belum membeli prostetik untuk tangannya, yang menelan belanja sekurang-kurangnya SGD14,000 (RM48,800).
"Saya perlu membiasakan diri dengan perubahan ini secara beransur-ansur," tambah Lin.
Memandangkan Lin telah membelanjakan semua wang simpanan untuk rawatan dan kehilangan pekerjaan, dia kini tidak mempunyai pendapatan dan terpaksa bergantung kepada kakaknya.
Dia kini tinggal di Singapura di flat perumahan awam tiga bilik bersama kakak, abang ipar dan ibunya yang berusia 63 tahun.
Bercakap kepada Shin Min, ibu Lin berkata walaupun kesukaran yang dihadapi Lin, dia tidak pernah hilang sabar.
Lin juga berkongsi bahawa dia sangat sukar untuk menerima perubahan pada mulanya sehingga dia tidak mahu bertemu rakan-rakannya.
"Namun, sokongan keluarga saya yang membolehkan saya meneruskannya. Saya perlu kekal kuat dan hidup untuk mereka," tambah Lin.
Pakar penyakit berjangkit di Hospital Farrer Park memberitahu Shin Min yang secara umum, jangkitan bakteria jarang membawa kepada amputasi, terutamanya dalam kes di mana pemotongan keempat-empat anggota badan diperlukan.
Doktor kata ia adalah kes yang melampau.
"Sekiranya amputasi diperlukan, selalunya kerana pesakit sudah mempunyai penyakit yang mendasari atau mendapatkan rawatan perubatan terlalu lewat," tambah pakar itu.
Begitu juga, presiden Persatuan Penyakit Berjangkit Antarabangsa, Paul Tambyah, juga berkata kes Lin jarang berlaku.
Bagaimanapun, dalam kes sedemikian, sekiranya pesakit enggan menjalani amputasi, mereka berisiko kehilangan nyawa, tambah Tambyah.
Sumber, terjemahan: Mothersip

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Watak 'Cik Timah' Hanya Untuk Show, Dee 'Jangan Ketawa' Masih Kencang Terima Job Puluhan Ribu Ringgit - "Di Luar Saya Tak Berpakaian Wanita"

gempak
23/11/2024
06:55 MYT
Pelakon,pengacara dan pelawak popular Dee atau nama sebenarnya Syed Muradzi Syed Shamsul memberitahu, dia akan bertukar watak 'Cik Timah' atau watak perempuan hanya ketika menerima tawaran persembahan.
Hiburan

Wanita Leka Susun Kotak, Doktor Lelaki Pula 'Asyik' Rakam Punggung Mangsa

gempak
22/11/2024
14:55 MYT
Seorang doktor didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita pada Julai lalu.
Hiburan

Jom Geng Singapura, Bergelak Tawa Dengan Sepahtu Reunion Live 30 November Nanti! - "Ada Cameo Anna Jobling & Maria Farida"

gempak
21/11/2024
11:56 MYT
Setelah kejayaan luar biasa Sepahtu Reunion Live di Malaysia, penganjur utama Eventify Pte Ltd kini berbesar hati membawa gelombang komedi Malaysia ke Singapura!
Hiburan

Ikmal Amry Tak Selesa Lakon Babak Mesra Dengan Pelakon Wanita - “Salah Tetap Salah”

gempak
21/11/2024
04:55 MYT
Pelakon Ikmal Amry mengakui dirinya tidak selesa melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar