,
Laman Utama

“Ajak Settle Depan Tak Nak, Whatsapp Tak Balas, Tau Tau Up Dekat IG” - Ude Wahid Sound Siapa?

Mya Amri
11/01/2023
08:00 MYT
Suami kepada pelakon Izreen Azminda iaitu Ude Wahid menjadi perhatian netizen selepas memuat naik kapsyen berbentuk luahan rasa kesal terhadap seseorang yang dikenalinya sebelum ini.
Dalam hantaran tersebut, Ude seolah-olah mempersoalkan tindakan individu tersebut yang disifatkan tidak matang dan suka berkongsi masalah di media sosial.
“Itulah yang sebenarnya. Ajak settle depan-depan tak nak. Whatsapp tak balas… Tau tau up dekat IG. Memang suka expose masalah ke macam mana?
“Kita ni dah tua. Tak payah buat perangai orang muda sangat. Yang muda tu belajar lagi adab sebelum nak cakap fasal adab. Sudah-sudahlah…,” coretnya.
Menerusi hantaran sama yang dikongsi di ruangan Insta Story miliknya, Ude juga menyatakan dia memberikan teguran bukan disebabkan mahu memburukkan keadaan sebaliknya kerana sudah lama bersabar sikap individu tersebut.
“Jangan nanti dok bising-bising dekat IG tiba-tiba Allah buka aib kau, baru time tu tak cukup tanah kau nak bersembunyi. (Aku up sebab dah lama bersabar, bukan sebab nak memburukkan keadaan) tapi dah puas kena pijak. Aku pun nak hidup aman damai,” dedahnya.
Bagaimanapun, Ude tidak menyatakan perkongsian itu ditujukan kepada siapa memandangkan pemain muzik ini tidak menyebut nama mana-mana pihak.
Terdahulu, Ude atau nama sebenarnya Muhamad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga dengan Izreen pada Ogos 2017.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Aaron Ibrahim dan Ali Idrees serta seorang lagi anak lelaki, Adrian Umar Muhammad Riza, 9, hasil perkahwinan Izreen sebelum ini.
Untuk rekod, Ude pernah berkahwin dengan Intan Salleh pada 1 Mac 2013, sebelum bercerai talak satu pada 22 Mac 2018.
Pasangan ini bercerai selepas Ude mengahwini Izreen pada 8 Ogos 2017 pada sebuah majlis tertutup.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Terkini

Suami Buat 100 Panggilan Gangguan Sehari Kerana Cemburu

gempak
18/09/2024
11:55 MYT
Semuanya terbongkar selepas wanita yang berusia 31 tahun dari wilayah Hyoga,Jepun telah membuat satu laporan polis.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.
Hiburan

Pengarah Veteran Nafi Sengaja Cium Pelakon, Dakwa Hanya Tunjuk Contoh

gempak
09/09/2024
01:55 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal dari Kolkata, Bengali, Arindam Sil digantung melakukan sebarang kerja seni daripada Persatuan Penerbit Timbur India selepas menerima aduan salah laku gangguan seksual yang dibuat terhadap seorang pelakon wanita.
Hiburan

Masih Solo Di Usia 41, Luna Maya: “Kahwin Tidak Akan Sempurnakan Hidup Saya”

gempak
07/09/2024
13:55 MYT
Meski diketahui sedang hangat bercinta dengan aktor yang jauh lebih muda daripadanya, Maxime Bouttier, Luna mengaku tidak terburu-buru untuk berkahwin.