gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Pelakon Aku Bukan Ustazah Sindir Erika Carlina ‘Tandas Awam’: “Suka Tukar Pasangan”
HIBURAN
InTeam Ziarah Nazrey Johani Di Sabah, Kongsi Keadaan Terkini Selepas Rawatan Jantung - "Saya Nasihatkan Semua Sahabat Munsyid..."
VIRAL
Kes Kematian Zara Qairina: Mimi Lana Tampil Bersuara - "Dia Dibuli, Tapi Tak Pernah Didengari..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Aisha Retno Enggan Masuk Campur Isu Sophia Albarakbah & Bella Astillah - “Kalau Perlu Berdepan Secara Baik, Silakan…”

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
05/08/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
Aisha Retno Enggan Masuk Campur Isu Sophia Albarakbah & Bella Astillah - “Kalau Perlu Berdepan Secara Baik, Silakan…”
Penyanyi Aisha Retno tampil bersuara mengenai isu yang melibatkan sepupunya, pelakon Sophia Albarakbah, dan bekas isteri Aliff Aziz, Bella Astillah yang tercetus di sebuah majlis anugerah baru-baru ini.
Walaupun tidak terlibat secara langsung, Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 25, menjelaskan pendiriannya yang memilih untuk kekal neutral dalam situasi tersebut.
“Sebenarnya, cerita ini dah agak lama dan alhamdulillah kedua-dua pihak pun masing-masing sudah ‘move on’.

“Saya sebagai orang tengah walaupun Sophia ialah sepupu saya dan saya juga berkawan baik dengan Bella, saya nak katakan, insya-Allah selesaikan apa yang perlu diselesaikan dengan cara yang baik,” katanya kepada Gempak.

Aisha juga berpandangan pertemuan secara bersemuka boleh membantu meredakan keadaan, asalkan dilakukan dengan matang dan penuh adab.

“Kalau perlu berdepan secara baik, silakan. Saya memang tak terlibat secara langsung, tapi sebagai sepupu, sudah tentu akan akan lindungi Sophia terlebih dahulu.

“Tapi kalau Sophia salah, dia tetap salah. Kalau betul, dia betul. Sama juga dengan Bella mana salah, tetap salah; mana betul, tetap betul,” jelasnya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Tak Adil itu turut menegaskan dia tidak mempunyai hak untuk campur tangan, namun berharap agar kedua-dua pihak dapat menyelesaikan perkara ini secara dewasa.
“Saya tak ada hak untuk berkata apa-apa, cuma saya boleh kata selesaikanlah berdua, dan jangan lagi mencoret luka di hati masing-masing.

“Waktu sudah berlalu, semua pun dah move on. Mungkin kalau berbincang secara terbuka, boleh saling memaafkan,” ujarnya.

Sementara itu, Aisha juga memuji sikap profesional yang ditunjukkan oleh Sophia dan Bella ketika insiden malam anugerah itu berlangsung.
“Apa-apa pun yang berlaku malam itu, pada saya, mereka berdua sangat profesional.
“Orang boleh kata itu ‘set up’, atau berlaku perubahan saat akhir tapi dalam industri ni, kita kena sentiasa bersikap profesional.
“Dua orang seperti Sophia dan Bella menunjukkan sikap yang wajar dicontohi.
“Jujur, kalau saya yang berada dalam situasi itu, mungkin saya dah menggigil dan hilang fokus,” katanya.
Bagaimanapun, Aisha turut menyifatkan kejadian ini sebagai satu ujian buat kerjaya masing-masing dan mendoakan yang terbaik buat kedua-duanya.
“Insya-Allah ini adalah ujian untuk Sophia. Semakin tinggi kedudukan kita, semakin kuat juga angin yang melanda.
“Untuk Bella juga, Aisha doakan semoga terus sihat dan kuat hadapi apa saja yang datang,” jelasnya.

BERITA BERKAITAN: “Kami Ada Mesej Tapi…” - Adira Buka Mulut Isu Bella Astillah & Sophia Albarakbah

BERITA BERKAITAN: Hisyam Hamid ‘Spill The Tea Paling Hangat’, Dakwa Kena Tukar Segmen Present Awards Saat Akhir - “Good Night”

BERITA BERKAITAN: Sophia Albarakbah Minta Netizen Henti Ungkit Kontroversi Lama - “Sedangkan Allah Pun Ampunkan Hambanya”

BERITA BERKAITAN: “Dia Tetap Profesional Walaupun Sengaja Diletakkan Di Situasi Itu...” – Nina Ismail Sabri Puji Cara Bella Astillah Kawal Situasi Di Anugerah Hiburan

Topic Berkaitan
#Bella Astillah
#Aisha Retno
#Masuk
#Sophia Albarakbah
#Campur
#enggan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement